4Lo6tkEvBVv3ZgCOiTpUbnOmMWU buatbest: Kahwin Muda: Bapa Jawab Isu Perkahwinan Syafiq 16, Yana 14.


Klik Iklan Untuk Info



Saturday, 28 July 2012

Kahwin Muda: Bapa Jawab Isu Perkahwinan Syafiq 16, Yana 14.


Saya berkahwin pada usia 19 tahun dan sehingga kini rumah tangga saya bahagia tanpa sebarang masalah ujar ayah pengantin lelaki tersebut yang dikenali sebagai Man, 37.

Man berharap majlis perkahwinan anaknya iaitu Syafiq 16, dan pasangannya Yana 14, tidak dijadikan isu kerana berkahwin pada usia muda sudah menjadi tradisi dalam keluarganya.




Hampir kesemua ahli keluarganya mahupun keluarga sebelah isterinya menamatkan zaman bujang mereka pada usia muda iaitu 14 hingga 19 tahun.

Isu ini timbul setelah video perkahwinan anaknya di Youtube menjadi perhatian tinggi kerana pasangan tersebut berkahwin pada usia yang agak muda.

Ketika ditemubual Hmetro, Man agak keberatan untuk mengulas lanjut isu tersebut serta enggan membiarkan Hmetro menemubual anak buah serta menantunya..


Video Perkahwinan Syafik, 16 dan Yana, 14 tahun.

Menurut sumber keluarga terdekat, video yang diupload di Youtube sebelum ini hanyalah sekadar suka-suka untuk berkongsi saat-saat bahagia pasangan terbabit dengan ahli keluarga terdekat sahaja. 

Ibu pengantin lelaki juga berharap agar masyarakat memahami situasi mereka yang merestui perkahwinan pasangan berkenaan kerana Syafiq akan meneruskan persekolahannya tahun hadapan.



Sumber: Hmetro
             

3 comments :

  1. wah asik nih sob nikah muda haha. klau udah mapan sih muda juga gpp... malah lebih bagus ane malah kepengen banget dah hahaha

    ReplyDelete
  2. persoalannya, di Msia ke berlaku? kalau berlaku di Msia adakah Msia membenarkan pernikahan bawah umur?? pngantin ppuan 14 tahun!!!!

    mak bapak benar/restu itu soal lain...
    masih belajar, lom pandai cari rezeki, lom tau ttgjwb... ini bkn soal mampu ibubapa tanggung atau tidak...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

exchange bloglist