4Lo6tkEvBVv3ZgCOiTpUbnOmMWU buatbest: Lelaki Terpantas Dunia Usain Bolt Final 100 Meter Olimpik London 2012


Klik Iklan Untuk Info



Tuesday, 7 August 2012

Lelaki Terpantas Dunia Usain Bolt Final 100 Meter Olimpik London 2012



Usain Bolt masih lagi memegang rekod sebagai lelaki terpantas di dunia selepas mencatat masa 9.63 saat yang membawa kepada kemenangan emas untuk Jamaica di Final Olimpik London 2012 ini..



Tempat kedua dimenangi oleh rakan senegara Usain Bolt iaitu Yohan Blake yang mencatatkan masa 9.75 saat untuk memenangi pingat perak di temasaya Olimpik London kali ini..




Keputusan catatan masa Final 100 Meter Olimpik London 2012

Tempat ketiga pula dimenangi oleh atlet dari Amerika Syarikat iaitu Justin Gatlin yang mencatat masa 9.79 untuk memenangi pingat gangsa final 100 meter lelaki Olimpik London 2012..

Sementara itu pelari senegara Usain Bolt, Asafa Powell pula dilihat berlari terhincut-hincut ketika menamatkan larian 100 meter di tempat terakhir dengan catatan masa 11.99 saat kerana kekejangan otot..

Sebelum perlumbaan, Usain Bolt sememangnya dianggap pilihan untuk memenangi 100 meter ini kerana dia merupakan pemegang rekod dunia dengan catatan masa 9.58 saat yang membawa gelaran lelaki terpantas di dunia..!

Perlumbaan sebelum itu telah dicemari dengan insiden seorang lelaki yang membaling botol kearah pelari sebelum itu..Bagaimanapun ia tidak menjejaskan perlumbaan..

1 comment :

  1. dia ni kalau event penting2 mcm ni mmg cnfirm mng

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

exchange bloglist