4Lo6tkEvBVv3ZgCOiTpUbnOmMWU buatbest: Video Lelaki Membaling Botol Ditangkap Semasa Final 100 Meter Olimpik 2012


Klik Iklan Untuk Info



Tuesday, 7 August 2012

Video Lelaki Membaling Botol Ditangkap Semasa Final 100 Meter Olimpik 2012



Seorang lelaki ditangkap dan akan dikenakan tindakan selepas dilihat membaling botol plastik bewarna hijau kearah pelari semasa final 100 meter Olimpik 2012..Botol yang dibaling itu kelihatan betul-betul dibelakang pelari 100 meter dari Jamaica iaitu Yohan Blake semasa permulaan acara tersebut yang ditonton secara live di seluruh dunia..



Suspek ini kemudiannya ditahan dan dibawa ke stesen polis di London Timur..




Ashley Gill-Web, 34 tahun dari South Milford berdekatan Leeds dilihat mundar mandir berjalan dikawasan sekitar dan di tempat duduk penonton oleh seorang saksi pada awalnya..Dia kemudian mengambil tindakan drastik dengan membaling botol yang dipegang semasa perlumbaan 100 meter hendak dilepaskan semalam..

Saksi tersebut menyatakan bahawa dia juga sempat menepuk lelaki yang membaling botol tersebut dari belakang selepas lelaki itu membaling botol yang dipegangnya itu..

Bagi pelumba yang berasal dari Jamaica, Yohan Blake berkata, dia tidak perasan kejadian itu berlaku kerana terlalu fokus menumpukan perhatian bagi perlumbaan final 100 meter tersebut..Dia juga berasa amat terkejut selepas dimaklumkan mengenai perkara tersebut..! Usain Bolt pula bagaimanapun berkata dia sudah menyedari kejadian itu awal lagi..

Video lelaki membaling botol pada final 100 meter olimpik London 2012


AFP

5 comments :

  1. Hamik! kan kena tangkap. suka-suka je. tengok elok-elok tak bole ke? Huhu. Kat Malaysia pun patut buat camni lagi-lagi time perlawanan bola.

    ReplyDelete
  2. nasib tak kena kepala pelari tuh.. kalu tak hilang fokus kejab..

    ReplyDelete
  3. nasib tak kena kepala pelari tuh.. kalu tak hilang fokus kejab..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

exchange bloglist