4Lo6tkEvBVv3ZgCOiTpUbnOmMWU buatbest: Gempar! Pendedahan Wajah Penerbit Filem Innocence Of Muslim Nakoula Basseley


Klik Iklan Untuk Info



Monday, 17 September 2012

Gempar! Pendedahan Wajah Penerbit Filem Innocence Of Muslim Nakoula Basseley



Inilah wajah penerbit filem yang menghina islam, Innocence Of Muslim, Nakoula Basselley atau dikenali sebagai Sam Bacile..Buat pertama kalinya, wajah lelaki yang menerbitkan filem menghina islam ini didedahkan oleh media selepas dia mencetuskan kontroversi filem yang menghina Nabi Muhammad SAW..! 


Lelaki yang menerbitkan filem Innocence Of Muslim ini juga dikenali sebagai Sam Bacile terkenal sejak filemnya yang menghina Nabi Muhammad tersebar dan menjadi kemarahan masyarakat islam sedunia..

Bertindak sebagai pengarah bagi filem tersebut, Sam Bacile juga dikatakan telah menipu seorang lagi wanita yang bertindak sebagai pelakon dalam filem tersebut iaitu Anna Gurji, 22..

Anna Gurji (gambar kanan) juga mendakwa sejak filem anti-islam tersebut menjadi kemarahan masyarakat islam sedunia, dia hidup dalam ketakutan kerana bimbang dengan reaksi dan tindakbalas masyarakat islam terhadapnya walaupun untuk keluar dari rumah..!

Anna Gurji bertindak sebagai pelakon kanak-kanak yang dikahwini oleh Muhammad dalam filem tersebut menyatakan kekesalannya membintangi salah satu watak dalam filem Innocence Of Muslim tersebut walaupun pada mulanya dia sendiri tidak menyedari tentang filem arahan Sam Bacile@Nakoula Basselley tersebut yang menghina islam..

Dia melakonkan watak seorang kanak-kanak bernama George ketika di set penggambaran sebelum namanya ditukar sebagai Muhammad dalam filem tersebut..

"Saya merupakan seorang Kristian Katholik dan masyarakat islam mungkin akan mendakwa saya sebagai penentang islam..Saya menangis setiap hari, makan pil tidur dan menguncikan diri di dalam rumah kerana ketakutan..Ramai yang melihat muka saya dalam klip video tersebut dan saya bimbang orang-orang di timur tengah mennyalahkan saya, saya telah dikhianati" kata Anna Gurji..

Anna Gurji dikatakan memegang watak George ketika penggambaran dan diyakinkan bahawa filem tersebut merupakan sebuah filem bertajuk Dessert Warrior yang mengisahkan tentang sebuah komet yang jatuh di kawasan timur tengah pada zaman purba dan terdapat pelbagai suku kaum berbeza yang menganggap komet tersebut sebagai "suci"..Dia juga tidak tahu tentang agenda tersembunyi disebalik filem tersebut..

Filem Innocence Of Muslim tersebut berjangkamasa selama 13 minit telah diterbitkan di California dalam bahasa inggeris dan diedarkan di internet termasuklah dalam laman sesawang You Tube..


Reuters


6 comments :

  1. mungkin di dunia ni org islam x mampumengapakan dia...biar ALLAh membalasnya....geram memikirkan kita x mampu buat apa2..

    ReplyDelete
  2. muka mintak kaki betullll... LOL

    ReplyDelete
  3. orang yang menhina nabi wajib dibunuh

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

exchange bloglist