4Lo6tkEvBVv3ZgCOiTpUbnOmMWU buatbest: Selepas Filem, Karikatur Majalah Perancis Menghina Nabi Pula..!


Klik Iklan Untuk Info



Sunday, 23 September 2012

Selepas Filem, Karikatur Majalah Perancis Menghina Nabi Pula..!


Selepas filem anti-islam Innocence of Muslim yang mencetuskan ketegangan sejak minggu lepas, sebuah majalah dari Perancis pula dengan beraninya menerbitkan kartun yang menghina Nabi Muhammad..Penerbitan majalah dari Perancis itu dijangka memburukkan lagi keadaan semasa..
Majalah mingguan dari Perancis yang bertajuk Charlie Hebdo itu mengundang kontroversi kerana memaparkan karikatur seorang Yahudi menolak seorang lelaki Islam menggunakan sebuah kerusi roda..

Turut kelihatan juga di sebelah belakang majalah itu yang menunjukkan karikatur seorang lelaki beserban yang sedang berbogel meniarap sambil menayangkan punggungnya..

Majalah dari Perancis itu juga sering dikaitkan dengan sentimen anti-islam sebelum itu..

Sementara itu dalam satu temuramah radio, Menteri Luar Perancis menyatakan bahawa bahawa mereka mengamalkan prinsip kebebasan bersuara tetapi dalam konteks semasa adakah wajar "mencurahkan minyak ke dalam api" katanya..

Beberapa orang pembeli dikatakan telah membeli dan mengoyakkan sebelum memusnahkan majalah Charlie Hebdo yang menghina Nabi Muhammad tersebut..


Inquisitr


No comments :

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

exchange bloglist