4Lo6tkEvBVv3ZgCOiTpUbnOmMWU buatbest: Guru Tadika Menampar Pelajar Sebanyak 70 Kali Dalam Masa Setengah Jam


Klik Iklan Untuk Info



Thursday, 25 October 2012

Guru Tadika Menampar Pelajar Sebanyak 70 Kali Dalam Masa Setengah Jam



Seorang guru wanita di sebuah tadika telah ditahan oleh polis selepas dia menampar seorang pelajar kanak-kanak sebanyak 70 kali dalam masa setengah jam..!





Guru tersebut, Li Zhuqing mengajar tadika di wilayah Shanxi, China, dikatakan menampar seorang kanak-kanak berusia lima tahun di muka dan beberapa kanak-kanak lain di Tadika Sky Montessori di Daerah Yingze, Taiyuan, China..

Dia kini berada di bawah tahanan selama 15 hari sementara tadika yang mempunyai seramai 43 pelajar kanak-kanak telah diarahkan untuk ditutup kata seorang jurucakap daerah..

Bapa kanak-kanak itu membuat laporan polis selepas dia mendapati mata anak perempuannya mempunyai kesan bengkak dan lebam pada 15 Oktober lalu..Menurut bapa kanak-kanak itu, anaknya itu telah ditampar berulang-kali kerana dia lemah dalam subjek Matematik..

Sebuah kamera pengawasan telah merekodkan dimana kanak-kanak itu ditampar sebanyak hampir 70 kali selain dipukul berulang kali selama lebih daripada sepuluh minit..Video perbuatan guru yang menampar pelajarnya itu telah didedahkan oleh oleh media tempatan..


Pihak berkuasa di Taiyuan akan memulakan pemeriksaan selama sebulan untuk semua tadika pada hari Isnin dan akan bertindak untuk menutup tadika yang mempunyai masalah yang serius..





ChinaDaily


4 comments :

  1. Kejam sekali, tidak ada rasa kasihsayang dihatinya.

    ReplyDelete
  2. dah tgk juga diblog sorang kawan, apa jenis cikgu lah ni ye

    ReplyDelete
  3. dye ingat budak tuu anak patung yang tak de deria rasa .

    ReplyDelete
  4. 70 kali, kejam gila, igt budak tu anak dia ka nak tampar suka2 ati

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

exchange bloglist