4Lo6tkEvBVv3ZgCOiTpUbnOmMWU buatbest: Kenapa Bahaya First Class Seat Jika Kapal Terbang Terhempas..?


Klik Iklan Untuk Info



Saturday, 13 October 2012

Kenapa Bahaya First Class Seat Jika Kapal Terbang Terhempas..?


Beginilah yang terjadi selepas kapal terbang ini terhempas..Badan kapal terbang ini terbelah dua selepas ia terhempas ke darat..Adakah anda akan terselamat sekiranya kapal terbang yang dinaiki terhempas seperti yang terjadi ini? Berikut merupakan ujian terkini yang telah dijalankan selepas kali terakhir ujian dijalankan oleh NASA pada 30 tahun lalu..


Pesawat Boeing 727 ini sengaja disetkan terhempas untuk sebuah dokumentari meneroka kesan-kesan serius ke atas kapal terbang dan penumpang yang menaikinya..Eksperimen unik dan menggemparkan yang disiarkan televisyen British ini menerangkan kepada penonton untuk melihat sendiri kesan sebenar selepas kapal terbang yang dinaiki mereka sekiranya terhempas..





Pengguna Facebook kelmarin dapat 'check-in online' memilih di mana mereka akan akan duduk - dan kemudiannya selepas itu keputusan samada mereka akan mati atau terselamat selepas ujikaji itu dijalankan berdasarkan pemilihan tempat duduk yang telah dipilih oleh mereka..

Dokumentari yang dijalankan oleh Discovery Channel dan Channel 4 ini bertempat di sebuah padang pasir Mexico menggunakan patung sebagai 'subjek' dan puluhan kamera..

Ia adalah kali pertama dalam tempoh hampir 30 tahun pesawat penumpang terhempas bagi tujuan eksperimen saintifik. Kali terakhir adalah pada tahun 1984 apabila NASA bekerjasama dengan FAA untuk mengkaji tentang kemalangan Boeing 720 di Gurun Mojave di California, USA..

Sanjay Singhal, penerbit eksekutif dokumentari, berkata: 'Kami merasakan masanya sesuai untuk melakukannya sekali lagi..

'Kami berharap bahawa dokumentari ini akan menyediakan berharga keputusan saintifik baru serta memberi penumpang maklumat penting tentang bagaimana mereka boleh terus meningkatkan peluang mereka untuk  hidup yang sangat tidak mungkin, sekiranya berada dalam nahas kapal terbang yang serius.'katanya

Jangan terkejut sekirannya kesimpulan yang telah dijalankan mendapati bahawa walaupun mempunyai kerusi dan perkhidmatan yang terbaik dalam pesawat, berada dalam kelas pertama (first-class) atau perniagaan (business-class) lebih cenderung untuk mati sekiranya kapal terbang terhempas akibat hentakan kuat dibahagian hadapan pesawat!


p/s: bagaimana dengan pilihan anda..?





Reuters


2 comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

exchange bloglist