4Lo6tkEvBVv3ZgCOiTpUbnOmMWU buatbest: Muka Remaja Perempuan Ini Ditumbuhi Misai Dan Janggut


Klik Iklan Untuk Info



Monday, 22 October 2012

Muka Remaja Perempuan Ini Ditumbuhi Misai Dan Janggut


Dia merenung lesu dihadapan kamera ketika gambarnya diambil..Seorang remaja perempuan di China menunjukkan janggut dan misai yang tidak diduga telah tumbuh di mukanya..Apa yang lebih memeritkan bagi gadis ini, dia mungkin akan kehilangan nyawa sekiranya tiada tindakan diambil untuk mengatasi penyakitnya..


Remaja perempuan berusia 16 tahun, Nana, baru-baru ini mendapati dirinya ditumbuhi bulu tebal di muka dan badan selepas menjalani rawatan menyelamatkan nyawa, hal ini menyebabkan dia lebih suka menghabiskan masa dengan bersembunyi di dalam biliknya..


Nana terpaksa dimasukkan ke hospital selepas disahkan menghidap 'anemia aplastik' pada 2010, penyakit yang menyebabkan Tulang sumsum gadis ini tidak Menghasilkan Sel darah baru secukupnya..Kesihatannya semakin pulih selepas menjalani rawatan dengan memakan ubat..

Bagaimanapun keadaan sebaliknya berlaku.."Selepas mengambil ubat-ubatan, perubahan ketara boleh dilihat dimana muka gadis itu telah ditumbuhi janggut hitam tebal, sementara lengan dan kakinya ditumbuhi dengan bulu badan yang agak lebat," menurut Berita Petang Liao Shen..


Keadaan yang jarang berlaku kepada gadis China ini dipanggil hirsuitism..

Bagaimanapun, terdapat beberapa pilihan rawatan untuk penyakit hirsuitism menurut University of Maryland Medical Center dan Klinik Mayo..

'Doktor yang merawatnya berkata bahawa ia adalah sangat serius dan tanpa rawatan gadis ini akan mati,' kata ibunya ketika memberitahu agensi berita Zinhua China..

Penyakit pelik ini yang terjadi kepada remaja perempuan ini salah satunya dipengaruhi oleh faktor-faktor genetik serta bangsa dan etnik dimana tahap hormon seks lelaki yang dipanggil androgen terdapat di tubuh remaja perempuan tersebut secara berlebihan..



Reuters


4 comments :

  1. siannyer, doakn yg baik2 aje lah ye

    ReplyDelete
  2. adess..bahanya tumbuh bulu kat muka bdn

    ReplyDelete
  3. kesiannyee....ya..samala sy pun doakan moga baik2 aje :)

    ReplyDelete
  4. gue tau knpa bsa begitu,,,,hanya guw yg tau,,,

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

exchange bloglist