4Lo6tkEvBVv3ZgCOiTpUbnOmMWU buatbest: Remaja Perempuan Mati Selepas Minum Minuman Penambah Tenaga


Klik Iklan Untuk Info



Wednesday, 24 October 2012

Remaja Perempuan Mati Selepas Minum Minuman Penambah Tenaga



Sebuah syarikat minuman penambah tenaga telah disaman oleh keluarga remaja perempuan berusia 14 tahun yang meninggal dunia selepas dia hanya meminum dua tin minuman tenaga tersebut..Minuman tenaga, digambarkan oleh syarikat itu sebagai 'penambah tenaga', disyaki mengandungi tujuh kali jumlah kafein berbanding Coca Cola (Coke) sehingga mampu membunuh peminumnya..!




Pentadbiran Makanan dan Dadah hari ini mengumumkan ia sedang menyiasat laporan lima kematian yang dikaitkan dengan minuman itu dan satu kes lagi menyebabkan serangan jantung, dan secara tidak langsung  menyebabkan saham syarikat itu jatuh 14 peratus..

Gadis tersebut, Anaîs Fournier, meninggal dunia pada 23 Disember 2011 akibat serangan jantung yang disebabkan oleh 'ketoksidan kafein' selepas di meminum dua tin minuman penambah tenaga Monster dalam tempoh 24 jam..

Autopsi mendedahkan remaja dari Hagerstown, Maryland itu meninggal dunia serangan jantung akibat ketoksikan kafein yang menghalang kemampuan hatinya untuk mengepam darah..Pemeriksa perubatan juga mendapati bahawa dia mempunyai penyakit yang diwarisi yang boleh melemahkan saluran darah..




Ibu bapa gadis malang itu, Fournier Wendy Crossland dan Richard Fournier menyatakan Monster gagal untuk memberi amaran tentang risiko meminum produk tersebut..

Monster adalah minuman tenaga terkemuka di Amerika dan menerajui hampir 39 peratus daripada pasaran, tetapi Red Bull Austria mempunyai saham tertinggi disebabkan harganya yang lebih premium..

Akibat daripada 5 kes yang berlaku disebabkan minuman penambah tenaga keluaran syarikat itersebut, saham Monster menjunam $ 7,59 ataupun 14.2 peratus, untuk ditutup pada USD$ 45,73 dalam perdagangan pada hari Isnin lepas..


Reuters

2 comments :

  1. bahaya nie,jadi kurangkan minum air jenama nie

    ReplyDelete
  2. sebab bagi instant tenaga tu la ramai yang ketagih

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

exchange bloglist