4Lo6tkEvBVv3ZgCOiTpUbnOmMWU buatbest: Anak Derhaka ! Gadis Ini Tampar Dan Tendang Bapa Sendiri !


Klik Iklan Untuk Info



Monday, 19 November 2012

Anak Derhaka ! Gadis Ini Tampar Dan Tendang Bapa Sendiri !


Berkali-kali gadis ini tampar dan sepak bapa sendiri..Mana pergi sifat kemanusiaan serta kasih seorang anak kepada bapa sendiri..? Sebak hati bila tengok video ini..Lupakah gadis ini jika bukan kerana bapa dan ibunya, tiadalah dia di dunia ini..Kaki yang singgah ke bapanya mungkin melayakkan dia untuk digelar anak derhaka..?

 


Rakaman video ini menunjukkan seorang remaja 14 tahun yang bernama Xiao Jin yang menampar dan menendang ayahnya sendiri beberapa kali dimana ayahnya tidak berbuat apa-apa untuk menghentikan tindakan bodoh gadis ini..Kisah yang agak sedih ini telah berlaku di China..

Menurut laporan, ibu dan bapa gadis ini bercerai ketika dia masih kecil dan ini menyebabkan Xiao Jin telah dibesarkan oleh datuk dan neneknya sehingga dia dewasa..Bagaimanapun dia kembali dijaga oleh bapanya  semula..Sejak itu dia telah beberapa kali melarikan diri dari rumah..

Setelah melarikan diri dari rumah dan jagaan bapanya, dia dikatakan bekerja di sebuah hotel serta mula bercampur dengan kumpulan remaja nakal..Hal ini mengakibatkan bapanya cuba membawanya pulang ke rumah dengan bantuan pihak polis dan media kerana bimbang tentang keselamatan anaknya itu..

Ketika sedang 'menjemput' remaja perempuan ini untuk kembali pulang ke rumah, gadis ini mula melenting serta bertindak kasar serta mengeluarkan kata-kata kesat terhadap bapanya di hadapan krew media serta orang ramai dengan menampar dan menendang bapanya itu..Tindakan dia menendang bapanya itu memang menyentap perasaan orang yang tengok video ini..

Bapanya telah memenangi hak untuk menjaga Xiao Jin baru-baru ini yang membolehkan dia untuk mendapatkan hak membesarkan anak gadis 'kurang ajar' yang sedang meningkat dewasa ini walaupun Xiao Jin tidak suka dengan kehidupan baru bersama bapanya itu yang dikatanya sering mabuk..

Perkara ini mula mendapat perhatian dan manaikkan kemarahan masyarakat di China sejak video mengenainya tersebar dan berita mengenainya mula panas diceritakan..


Video Anak Gadis Tampar Dan Tendang Bapa



p/s: sejahat manapun lelaki itu, dia tetap perlu dihormati sebagai seorang bapa oleh anaknya..



8 comments :

  1. mungkin juga ada perasaan dendam dihati gadis tersebut yg kita tak tahu..cume 2 beranak tu jer yg lbh mngetahui..

    ReplyDelete
  2. pergh.. mujur bukan melayu, kalau melayu kompom gua bengang bro..

    ReplyDelete
  3. Itulah anak.... rasa dia aje yg betul... tapi mungkin ada cite disebaliknya.... Hish kesiankan anak jadi mangsa bila ayah ibu bercerai!

    ReplyDelete
  4. Ya Allah ! kejamnya dia .. hmm, sejahat-2 mana pun ayah kita, kita tak patut buat macam tu. takde ayah dgn mak, takde kita kat dunia ni .. harap dia sedar akan kesilapan nya sebelum terlambat.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

exchange bloglist