4Lo6tkEvBVv3ZgCOiTpUbnOmMWU buatbest: Bapa Sembelih Anak Berusia 11 Bulan !


Klik Iklan Untuk Info



Saturday, 17 November 2012

Bapa Sembelih Anak Berusia 11 Bulan !



Seorang bapa yang dipercayai dibawah pengaruh dadah sanggup sembelih anaknya yang berusia 11 bulan lapor media..

KUANTAN - Seorang bapa yang dipercayai mengalami gangguan halusinasi akibat pengaruh dadah bertindak menyembelih anak perempuannya berusia 11 bulan 20 hari hingga mati di rumah mereka di Felda Panching Selatan, dekat sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, suspek berusia 28 tahun bertindak mengelar leher anaknya, Nor Amirah menggunakan sebilah parang berukuran 44 sentimeter dalam sebuah bilik tidur sebelum kejadian disedari ibu mangsa berusia 26 tahun yang kebetulan berada di rumah ketika kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff berkata, isteri suspek yang ternampak suaminya keluar bilik dengan memegang parang berlumuran darah segera mendapatkan bayinya itu, bagaimanapun mangsa sudah terbaring kaku di atas katil dengan kesan kelar di leher.

Menurutnya, ibu mangsa segera memaklumkan kejadian kepada keluarga, manakala suspek yang tertekan dengan perbuatannya itu difahamkan sempat menghubungi talian kecemasan 999 meminta bantuan untuk menghantar anaknya ke hospital.

“Sejurus mendapat maklumat berhubung kejadian, anggota polis dikerah ke rumah suspek untuk menjalankan siasatan dan mendapati mangsa sudah meninggal dunia.

“Ketika itu hanya ibu dan abang mangsa berada di rumah, manakala suspek dibawa keluarga untuk menyerah diri di Balai Polis Jaya Gading dekat sini,” katanya ketika dihubung.

Mohd Jasmani berkata, hasil pemeriksaan yang dilakukan, polis menemui dan merampas parang yang digunakan suspek dalam kejadian tersebut.

“Susulan kejadian, polis berjaya menahan suspek di sebuah persimpangan lampu isyarat Batu 10 dekat sini ketika berada dalam kereta bersama adik dan bapanya.

“Suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, hasil semakan rekod mendapati suspek memiliki tiga rekod jenayah lampau membabitkan kes merusuh mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 377C KK kerana melakukan seks luar tabii dan curi dalam bangunan mengikut Seksyen 380 KK.

“Hasil ujian air kencing juga mendapati suspek positif dadah,” katanya.

Menurutnya, kes tersebut diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 KK




Sinar



1 comment :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

exchange bloglist