4Lo6tkEvBVv3ZgCOiTpUbnOmMWU buatbest: Kambing Pelik Dilahirkan Dengan Hanya Mempunyai Satu Biji Mata


Klik Iklan Untuk Info



Tuesday, 13 November 2012

Kambing Pelik Dilahirkan Dengan Hanya Mempunyai Satu Biji Mata


Kambing pelik ini telah dilahirkan beberapa hari lepas dengan hanya mempunyai satu biji mata yang terletak di tengah-tengah dahi..



Anak kambing yang baru dilahirkan di Perundurai, Erode, India ini hanya mempunyai satu biji mata sahaja ketika dilahirkan oleh seekor kambing betina yang normal..

"Saya tidak pernah menyaksikan apa-apa kejadian sepeti ini sejak dulu..Seekor kambing betina telah melahirkan dua ekor anak, salah seekor daripadanya mempunyai hanya satu mata yang terletak betul-betul di dahi kambing tersebut." ujar Kandasamy, 45, yang juga seorang pemilik kambing tersebut..

Menurut Dr K. Asokan, pengarah Zoo Coimbatore VOC, rupa luar biasa kambing berwajah pelik tersebut mungkin telah disebabkan oleh gangguan genetik..

"Adalah amat jarang sekali untuk melihat kambing seperti itu di kampung-kampung," kata Dr Asokan.

Kejadian yang hampir sama juga pernah berlaku pada tahun 2004 dimana penduduk bandar Folweni,Durban, juga terkejut dengan seekor kambing yang dilahirkan dengan hanya mempunyai hanya satu mata di tengah-tengah dahi..Bagaimanapun beberapa orang telah mencadangkan supaya kambing tersebut dibunuh..Tidak diketahui samada kambing pelik itu akhirnya dibunuh ataupun tidak..


2 comments :

  1. jangan ada cerita kucing bertanduk pulak..memang dunia hampir kiamat..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

exchange bloglist