4Lo6tkEvBVv3ZgCOiTpUbnOmMWU buatbest: 6 Kenderaan Tertimbus Tanah Runtuh Di Kemaman Terengganu


Klik Iklan Untuk Info



Wednesday, 26 December 2012

6 Kenderaan Tertimbus Tanah Runtuh Di Kemaman Terengganu


6 buah kenderaan dipercayai tertimbus akibat tanah runtuh di jalan masuk Jabor-Jerangau, Kg Air Putih, Kemaman, Terengganu..Tanah runtuh tersebut dipercayai berlaku akibat daripada hujan lebat yang berterusan di kawasan tersebut..
Ketua polis Kemamam, Supt.Che Suza Che Hitam memaklumkan bahawa tebing jalan setinggi 12 meter itu runtuh kira-kira jam 3.30 pagi tadi lalu menghempap kenderaan-kenderaan yang diletakkan di kawasan tersebut..

"Kita khuatir kemungkinan ada orang yang tidur di dalam kereta yang tertimbus itu" katanya..

Buat masa ini, pihak-pihak daripada Jabatan Kerja Raya sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan di kawasan tanah runtuh tersebut..

-Bernama-

6 kenderaan yang tertimbus dikatakan ditinggalkan di kawasan tanah runtuh tersebut setelah kampung mereka dinaiki air sebelum kejadian..

Bagaimanapun menurut laporan berita terkini, tiada mangsa yang terperangkap didalam kejadian tanah runtuh tersebut..Tiada kehilangan nyawa dilaporkan setakat ini..

Laporan Berita Terkini tanah runtuh Kemaman, Terengganu


sumber gambar


1 comment :

  1. harap2 x de mangsa yang terkorban dalam banjir kali ni..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

exchange bloglist