4Lo6tkEvBVv3ZgCOiTpUbnOmMWU buatbest: Awek Bergambar Bersama Selonggok Wang, Teman Lelaki Kantoi Jual Dadah !


Klik Iklan Untuk Info



Monday, 31 December 2012

Awek Bergambar Bersama Selonggok Wang, Teman Lelaki Kantoi Jual Dadah !


Kerana bergambar bersama selonggok wang kertas bernilai Yuan 200,000 (USD 32,000) yang dimuatnaik ke internet, awek ini tidak menyangka tindakannnya membawa padah kepada teman lelakinya..Teman lelakinya ditangkap selepas gambar wanita tersebut bersama selonggok wang kertas tersebar yang menyebabkan terbongkarnya jenayah yang dilakukan oleh boyfriendnya itu..! Kantoi..



Teman lelakinya yang ditangkap selepas itu dikatakan seorang ketua pengedar dadah yang bergerak secara aktif dan terancang di beberapa daerah di China..

Lelaki tersebut yang bernama Chen, 50an, mendapat wang-wang yang banyak tersebut hasil daripada aktiviti jenayah pengedaran dadah yang dilakukannya sebelum itu..

Pihak polis berjaya menahan Chen bersama-sama dadah seberat 1 kg setelah berjaya memintas Chen di sebuah plaza tol di China bersama-sama sebuah kereta mewah miliknya..

Tindakan jenayahnya itu akhirnya terbongkar kerana "kebodohan" aweknya yang mungkin sangat teruja lalu memuatnaik gambarnya bersama selonggok wang yang banyak di internet sehingga terbongkarnya rahsia Chen yang mendapat banyak wang hasil aktiviti haram mengedar dadah yang dilakukannya itu..kantoi, haha..


-People's Daily China-


1 comment :

  1. sepandai-pandai tupai melompat jatuh ke tanah juga

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

exchange bloglist