4Lo6tkEvBVv3ZgCOiTpUbnOmMWU buatbest: Gangnam Style Death: Lelaki Mati Ketika Menari Tarian Kuda Psy Gangnam


Klik Iklan Untuk Info



Saturday, 15 December 2012

Gangnam Style Death: Lelaki Mati Ketika Menari Tarian Kuda Psy Gangnam


Gangnam Style Death..Ketika sedang menari tarian kuda Psy Gangnam Style, lelaki ini mati serta-merta..Kematian mengejut lelaki ini mengundang rasa bahaya tentang tarian Gangnam Style yang popular masa kini..Tarian kuda Gangnam Style tersebut semakin popular setelah dipopularkan oleh PSY dari Korea..



Lelaki UK ini dikatakan sedang meraikan parti Krismas di pejabat tempat dia bekerja..Ketika sedang menari dia tiba-tiba dikatakan terjatuh dan mati serta-merta di tempat kejadian..

Tragedi tersebut berlaku di pejabat lelaki itu yang terletak di Blackburn, Lancashire, dimana Eamonn Kilbridge, 46, bekerja sebagai pengurus IT di syarikat pembuatan minuman keras itu..

Kilbridge sedang melakukan tarian tarian kuda pop sensasi hit masa kini Gangnam Style bersama-sama rakan sekerjanya dalam parti untuk meraikan kedatangan Krismas tidak lama lagi..

Keluarganya yang tinggal di Burnley berkata, pihak doktor memberitahu bahawa lelaki tersebut mati akibat kegagalan jantung untuk berfungsi ketika sedang menari Gangnam..

Julie, isteri kepada lelaki tersebut sempat memberikan CPR namun gagal..Dia juga memberitahu bahawa suaminya itu merupakan seorang yang penyayang dan ketika diserang sakit jantung suaminya itu sedang menari tarian Psy Gangnam Style untuk menghiburkan semua orang di atas pentas sebelum tumbang..

Kematian mengejut lelaki itu sedang disiasat oleh pihak berkuasa untuk mengenalpasti punca sebenar kematiannya yang dikaitkan dengan tarian Gangnam Style tersebut..

Kematian mengejut tersebut mengundang rasa bahaya tentang tarian kuda Psy Gangnam Style yang menjadi ikutan ramai orang di dunia kini..



Fox News

1 comment :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

exchange bloglist