4Lo6tkEvBVv3ZgCOiTpUbnOmMWU buatbest: Hina Al-Quran Pijak Dan Bakar: Lelaki Dibakar Hidup-hidup


Klik Iklan Untuk Info



Monday, 24 December 2012

Hina Al-Quran Pijak Dan Bakar: Lelaki Dibakar Hidup-hidup


Kerana menghina kesucian islam dengan pijak dan bakar Al-Quran, lelaki ini kemudiannya dibakar hidup-hidup di depan balai polis oleh orang ramai yang marah dengan tindakannya itu..Lelaki yang memijak dan bakar Al-Quran tersebut dikatakan sudah dibawa kepada pihak polis tersebut sebelum sekumpulan perusuh seramai 200 orang yang lain datang semula masuk ke balai polis lalu mengheret mangsa keluar dan terus melakukan pembunuhan kejam dengan membakar lelaki tersebut hidup-hidup kerana disyaki menghina islam..!



Lelaki yang merupakan seorang pengembara itu dikatakan telah menghabiskan waktu malam Khamisnya di sebuah masjid, kata Maulvi Memon, imam di kampung selatan Seeta di wilayah Sindh, , Hyderabad..Keesokannya mereka mendapati beberapa Al-Quran ditemui terbakar di situ..

"Dia bersendirian di dalam masjid pada waktu malam itu".."Tidak ada seorang pun berada di sana untuk melakukan perkara yang dahsyat seperti ini." katanya..

Lelaki tersebut dibelasah sebelum dibawa ke balai polis selepas dia disyaki membakar Al-Quran tersebut..Nasibnya bertambah malang selepas itu selepas itu kerana dia dibakar pula oleh penduduk yang tidak berpuashati dengan tindakannya itu..

Pengusa polis, Usman Ghani berkata, kira-kira 30 orang telah ditangkap kerana pembunuhan kejam tersebut dan tujuh polis pula ditahan kerana kecuaian hingga mengakibatkan mangsa dibakar hidup-hidup...

Lahore Times

Artikel Berkaitan: Lelaki Hina Sultan Johor Dengan Perkataan Bab*
                           Karikatur Hina Islam Dan Nabi Muhammad


4 comments :

  1. mungkin salah dia, tapi Islam tak mengajar mengajar kita bertindak kejam begitukan?..selidik pun tak pasti lagi..

    ReplyDelete
  2. A'kum

    Salam ziarah balas. Terima kasih kerana menjadi follower blog mountdweller

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

exchange bloglist