4Lo6tkEvBVv3ZgCOiTpUbnOmMWU buatbest: Mati Selepas Makan 28 Biji Telur Ayam Mentah


Klik Iklan Untuk Info



Saturday, 29 December 2012

Mati Selepas Makan 28 Biji Telur Ayam Mentah


Dia mati selepas berjaya makan sebanyak 28 biji telur ayam mentah dalam satu pertaruhan membabitkan wang tunai..Begitulah nasib malang yang menimpa seorang lelaki yang mati kerana makan telur ayam mentah dalam kuantiti yang banyak..


Lelaki malang dari Tunisia berusia 20 tahun itu dikatakan telah bertaruh dengan seorang rakannya untuk menghabiskan makan 30 biji telur mentah..Bagaimanapun belum sempat dia menghabiskan lagi 2 biji telur ayam tersebut, dia tumbang di tempat kejadian..

Dhaou Fatnassi, 20, bertaruh sejumlah wang yang tidak didedahkan dengan rakannya itu..Dia bersetuju dengan pertaruhan tersebut sebelum  berjaya makan telur ayam yang ke 28 biji yang menyebabkan dia mengalami sakit perut yang teruk..

Dia kemudiannya dikejarkan ke hospital berdekatan tetapi telah disahkan mati sejurus tiba di hospital tersebut lapor sebuah stesen radio tempatan Shems FM..

Artikel Berkaitan: Telur Ini Direbus Tanpa Guna Air !

Walaupun telur yang dimasak dengan betul adalah sumber protein yang besar untuk sebahagian daripada diet yang sihat, telur mentah pula boleh menyebabkan keracunan makanan kerana dikatakan mungkin mengandungi bakteria salmonella lapor media..


Reuters



No comments :

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

exchange bloglist