4Lo6tkEvBVv3ZgCOiTpUbnOmMWU buatbest: Terkini: Rusuhan Kaum Melayu Dan India Di Sg Petani Kedah ?


Klik Iklan Untuk Info



Wednesday, 19 December 2012

Terkini: Rusuhan Kaum Melayu Dan India Di Sg Petani Kedah ?



Isu terkini rusuhan kaum antara Melayu dan India yang berlaku di Sungai Petani Kedah ini mungkinkah benar-benar berlaku? Berdasarkan kepada keadaan mangsa yang cedera parah akibat ditetak di tangan (gambar di bawah), mungkin ada logiknya berlaku rusuhan kaum India dan Melayu di Sungai Petani Kedah ini ataupun mungkin juga pergaduhan kecil yang sengaja diperbesar-besarkan sahaja..?

 Ngeri !


Akibat daripada isu kononnya berlaku rusuhan kaum sehingga berlaku pertumpahan darah antara kaum Melayu dan India di Sungai Petani Kedah, pihak IPD Kuala Muda, Polis Diraja Malaysia telah mengadakan sidang tergempar memanggil ketua-ketua masyarakat ekoran daripada pergaduhan kecil yang berlaku melibatkan beberapa orang Melayu dan India di Paya Nahu, Sg Petani..


Mengikut maklumat yang diterima melalui FB PDRM:


STATUS TERKINI KES PERGADUHAN DI SG PETANI: Berikutan berlakunya satu kes pergaduhan di Sungai Petani, beberapa anggota polis telah ditugaskan ke lokasi kejadian dan keadaan kini adalah terkawal. Ketua Polis Kedah akan memberi kenyataan rasmi berhubung insiden tersebut dalam masa terdekat.
Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih berhubung kejadian tersebut yang boleh menggugat ketenteraman awam. Terima kasih.


Isu dikatakan berpunca daripada masalah kecurian motor sebenarnya..Tapi tidak pula diketahui siapa yang mencuri motor siapa..Pergaduhan antara India dan Melayu memang ada cuma ianya kes terpencil.. 

Ada khabar angin yang mengatakan pergaduhan antara kongsi gelap la, pihak polis dibelasah la, motorsikal dibakar la, bla..bla..bla...~ dan yang paling teruk tu sampai khabar angin ugutan nak bakar masjid pun ada..!! 

Dikatakan seorang budak lelaki melayu yang cedera agak parah apabila tangannya ditetak dengan parang (gambar)..Bagaimanapun hal ini sengaja diperbesar-besarkan oleh sesetengah mereka yang tidak bertanggungjawab untuk mencetuskan lagi kekecohan kononnya berlaku rusuhan kaum di Sg Petani ini..

Apapun biarlah pihak bertanggungjawab melaksanakan tugas mereka dan usah bimbang tentang khabar angin rusuhan kaum @ pergaduhan kaum yang kononnya berlaku..Negara berbilang bangsa kita ini sentiasa aman damai..Khabar angin rusuhan kaum sengaja diada-adakan..Semua bangsa boleh hidup aman bersama..

Harap-harap isu ini tidak diperbesarkan lagi.. Apapun yang berlaku biarlah diselesaikan oleh pihak yang berkenaan..


7 comments :

  1. sebenarnya pengganas India ni x puas hati sbb dia ditahan polis. bkn ada rusuhan kaum pun! Jom tukar2 link? nak ke? tq.

    ReplyDelete
  2. semoga dapat diselesaikan dengan cara yg baik..

    ReplyDelete
  3. setuju, moga isu ini x diperbesarkan lagi.

    ReplyDelete
  4. betul tu jgn dipebesar-besarkan. kita nak hidup aman

    ReplyDelete
  5. dasyat betul kejadian rusuhan kaum melayu dan india ni

    ReplyDelete
  6. keling pundek.dapat sembelih jek.

    ReplyDelete
  7. kakakakakaa...dunia o dunia....tepuk dada ntnye la iman

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

exchange bloglist