4Lo6tkEvBVv3ZgCOiTpUbnOmMWU buatbest: Duit Kertas Jatuh Dari Langit, Orang Ramai Berebut-Rebut


Klik Iklan Untuk Info



Tuesday, 29 January 2013

Duit Kertas Jatuh Dari Langit, Orang Ramai Berebut-Rebut


Orang ramai berebut-rebut sambil berteriak apabila beberapa helai duit kertas dilihat jatuh dari langit sebelum dikutip oleh orang ramai yang berada di tempat tersebut..Dari mana datangnya duit-duit kertas yang jatuh dari langit itu ?



Duit kertas yang dikatakan jatuh dari langit itu merupakan wang kepunyaan seorang lelaki yang tinggal di sebuah pangsapuri tingkat sepuluh di Jalan Maiyao, Jiangsu, China..

Nasib malang lelaki tersebut bermula kelmarin apabila dia yang dikenali sebagai Liu pergi ke sebuah bank untuk mengeluarkan 15000 yuan dalam note 100 yuan setiap helainya..

Sebelum makan tengah hari dia menyembunyikan duit kertas tersebut di dalam selimut katil yang dilipat untuk memastikan ia selamat..Bagaimanapun dia terlupa untuk memaklumkan perkara tersebut kepada isterinya..

Cuaca cerah menyebabkan isterinya bertindak menyidai selimut yang mengandungi kesemua duit kertas tersebut di luar tingkap rumah mereka..Isterinya yang tidak mengetahui apa-apa terkejut selepas mendengar jeritan pejalan kaki di luar pangsapuri tempat tinggal mereka lalu memaklumkan kepada suaminya itu..

Seorang penduduk tempatan, Mr Yan berkata, "apabila saya melihat duit kertas terbang ini jatuh dari langit dan saya fikir ia adalah gurauan menggunakan wang palsu..tetapi apabila saya pergi untuk melihat, saya terkejut apabila mendapati bahawa ia adalah wang sebenar yang turun dari langit"..

Liu yang terkejut dengan apa yang dimaklumkan oleh isterinya terus bergegas turun ke bawah pangsapuri mereka selepas melihat selimut katil yang mengandungi kesemua duit kertas tersebut telah digantung oleh isterinya di luar rumah mereka..

Dia bagaimanapun hanya dapat menyelamatkan 12000 Yuan, sementara baki 3000 Yuan telah dikebas oleh orang ramai yang menyangkakan itu merupakan duit kertas terpijak yang turun dari langit lapor media..LoL..



1 comment :

  1. itulah akibatnya berahsia sangat dengan isteri...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

exchange bloglist