4Lo6tkEvBVv3ZgCOiTpUbnOmMWU buatbest: Festival Kejam Ayam Hidup Dijadikan Sasaran Memanah


Klik Iklan Untuk Info



Thursday, 17 January 2013

Festival Kejam Ayam Hidup Dijadikan Sasaran Memanah


Festival ais yang diadakan ini mengundang kontroversi kerana menggunakan ayam hidup sebagai sasaran memanah..Selepas menggantung ayam-ayam tersebut ke dinding, peserta akan menjadikan ayam tersebut sebagai sasaran untuk  memanah sehingga binatang tersebut mati..




Ramai pengunjung dan pelancong yang datang ke Festival Ais Jilin dan Festival Salji di Yanji, Yanbian, baru-baru telah memberitahu mengenai adat tempatan yang mereka anggap "kejam"..

Festival memanah etnik Korea yang tinggal di China ini dikatakan "kejam" berikutan penggunaan binatang hidup (ayam)yang digunakan sebagai sasaran memanah oleh masyarakat setempat..

Penggunaaan binatang hidup sebagai sasaran telah mengundang rasa tidak puas hati oleh orang ramai sehingga mereka membuat laporan kepada pihak berkuasa berkenaan tradisi purba etnik Korea yang dikatakan menyiksa binatang..

Ayam tersebut diikat kakinya supaya tidak terbang lalu digantungkan ke dinding ais yang membeku untuk dipanah oleh penduduk yang mengambil bahagian dalam festival memanah tersebut yang dikatakan sebagai sebuah festival tradisi masyarakat di sana..

Artikel Barkaitan: Festival Menyiksa Binatang Hingga Mati



3 comments :

  1. Huiyoooo......ni bru betul2 life target...hehehe klau depa bg tepat tang kepala tu mmg kira hebat la tue....:D

    ReplyDelete
  2. mak ai kejam..nak tengok pon tak sanggup mcm manala nak memanah lak..

    ReplyDelete
  3. org mata sepet mmg cam tu

    http://themafiacyber.blogspot.com <<--- Blog saya

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

exchange bloglist