4Lo6tkEvBVv3ZgCOiTpUbnOmMWU buatbest: Gambar: Mayat Nureffa Sahira Dalam Tong Dram Ditemui Di Semporna Sabah !


Klik Iklan Untuk Info



Saturday, 5 January 2013

Gambar: Mayat Nureffa Sahira Dalam Tong Dram Ditemui Di Semporna Sabah !


Beginilah keadaan mayat Nureffa Sahira, kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun yang ditemui mati dalam keadaan tragik apabila tubuh badannya terlipat di dalam sebuah tong dram selepas disahkan hilang sejak 5 hari lalu di Kampung Salimbangun, Semporna Sabah..Keadaan mayat budak perempuan yang sudah reput serta berulat itu dipercayai dibunuh dengan kejam sebelum disumbat dalam tong dram tersebut beberapa hari lepas..


Mayat Nureffa Sahira yang juga merupakan anak tunggal dijumpai oleh penduduk kampung selepas menjalankan operasi mencari kanak-kanak malang tersebut sejak lima hari (31 Disember) lepas dia dilaporkan hilang..

Keluarga mangsa memaklumkan bahawa kehilangan Nureffa Sahira disedari apabila dia tidak pulang selepas bermain di perkarangan kediamannya itu..

Kehilangannya memaksa seluruh penduduk di kawasan sekitar menjalankan gerakan mencari kanak-kanak tersebut yang membawa kepada penemuan mayat kanak-kanak yang dibunuh dengan kejam apabila ditemui terlipat, mula mereput serta berulat dalam sebuah tong dram di sebuah ladang kelapa sawit di kampung yang terletak di Semporna Sabah itu..

Mayat mangsa ditemui 500 meter tidak jauh dari kediamannya oleh penduduk sekitar..Sangat menyedihkan apabila melihat mayat kanak-kanak tersebut dibunuh dengan kejam..Apapun, semoga pembunuh yang melakukan pembunuhan kejam terhadap Nureffa Sahira dapat diheret di muka pengadilan secepat mungkin dengan hukuman setimpal..



p/s: sampai bila nak tengok keadaan macam ni berlaku..? tidak mungkin perkara sebegini akan berlaku kepada sesiapa sahaja..masih ada lagi manusia bangsat berakal seperti binatang di Malaysia ini..?


2 comments :

  1. semoga allah beri ketenangan kepada ibu bapa dan keluarga mangsa. dan kepada penjenayah, semoga anda mendapat balasan setimpal atas kesalahan anda. amin..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

exchange bloglist