4Lo6tkEvBVv3ZgCOiTpUbnOmMWU buatbest: Gara-gara Ingin Menjadi Wanita, Lelaki Potong Kemaluan Sendiri


Klik Iklan Untuk Info



Thursday, 10 January 2013

Gara-gara Ingin Menjadi Wanita, Lelaki Potong Kemaluan Sendiri


Seorang lelaki bertindak nekad dengan cuba memotong kemaluannya sendiri kerana didorong oleh perasaan kewanitaan dalam dirinya itu..Dia bertindak nekad memotong zakarnya menggunakan gunting sehingga mengakibatkan terpaksa dimasukkan ke hospital ekoran pendarahan yang teruk..

Lelaki Hong Kong yang dikenali sebagai Luk, berusia 29 tahun dikatakan seorang yang selalu memakai pakaian perempuan sejak zaman kanak-kanaknya..Hasratnya untuk menjadi seorang wanita yang sebenar semakin meningkat menjelang dewasa..Hal tersebut menyebabkan dia cuba bertindak memotong kemaluannya sendiri..

Dia menjerit selepas cuba memotong zakarnya sehingga disedari oleh bapanya yang terus menghubungi polis untuk membantu menghantarnya ke hospital..

Pihak polis bagaimanapun menyangkakan itu merupakan kes bunuh diri bagaimanapun lelaki tersebut mengaku "saya tidak mahu menjadi seorang lelaki! saya mahu menjadi seorang wanita!"..

Dia pernah untuk cuba menjalani pembedahan menukar jantina, tetapi prosedur yang rumit serta bantahan keluarganya membuatkan dia tertekan..

Pembedahan kecemasan yang dilakukan oleh doktor bagaimanapun hanya dapat memulihkan kemaluannya sahaja untuk memudahkan proses membuang air kecil dan berkemungkinan dia disahkan akan mandul @ mati pucuk seumur hidupnya..

agensi


3 comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

exchange bloglist