4Lo6tkEvBVv3ZgCOiTpUbnOmMWU buatbest: Inilah Kod Makanan Yang Mengandungi Lemak Babi Haram!


Klik Iklan Untuk Info



Friday, 4 January 2013

Inilah Kod Makanan Yang Mengandungi Lemak Babi Haram!

 

Tidak ramai yang mengetahui tentang kod makanan yang mengandungi LEMAK BABI..Mungkin ada juga sebilangan masyarakat yang tahu tentang kod makanan yang mempunyai lemak babi ini..Produk makanan yang dikeluarkan akan siap mempunyai kod-kod tertentu untuk membezakan sesuatu makanan tersebut..Disini disertakan kod-kod makanan yang mempunyai lemak babi tidak halal (pig fat@animal fat) dan tentunya haram untuk dimakan oleh orang islam..


Melalui beberapa sumber yang diperoleh, penggunaan kod pada makanan mempunyai muslihat tertentu dalam mengelirukan orang ramai..Kenapa tidak saja ditulis "makanan ini mengandungi lemak babi"..Sudah tentu ramai yang tahu sebabnya..Penggunaan kod pada makanan yang mengandungi lemak babi dipercayai untuk melariskan sesuatu barangan yang dijual tanpa disedari oleh orang yang beragama islam..

Jika secara terang-terangan ditulis tentang sesuatu makanan yang mempunyai lemak babi (haram), sudah tentulah penjualan sesuatu produk itu terjejas..Tambahan pula bagi sebuah negara yang mempunyai majoriti masyarakatnya yang beragama islam seperti Malaysia..

Sebab itulah kod-kod ini digunapakai..Dengan penggunaan kod tersebut pada makanan yang mengandungi lemak babi, mereka menjangkakan bahawa bukan semua orang islam tahu tentang kod haram ini..So, nilai penjualannya tetap akan seperti barangan-barangan yang lain juga..Tanpa was-was lah semua orang akan membeli..Secara tak langsung syarikat barat makin kaya-raya dengan penjualan barangan haram yang mengandungi lemak babi tersebut..ceh !

Kod-kod makanan yang mengandungi lemak babi ini akan dicetak dengan kod E (E-Codes System)..Kod E ini merujuk kepada piawaian Eropah@Europe..Seringkali kod ini digunapakai dalam bahan makanan dan pewarna sesuatu produk itu..Kebanyakan barangan yang mengandungi kod E ini adalah barangan keluaran syarikat multinasional seperti ubat gigi, gula-gula getah, sabun, coklat, biskut, makanan dalam tin dan macam-macam lagi..

BERIKUT MERUPAKAN SENARAI KOD-KOD MAKANAN YANG MENGANDUNGI LEMAK BABI: 
Bermula Dengan Kod E !

E110   E120   E140   E141   E153   E160   E161   E210   E213   E214   E216   E234   E252   E270   E280   E300   E301   E325   E326   E327   E334   E335   E336   E337   E422   E430   E431   E432   E433   E434   E435   E436   E440   E441   E470   E471   E472   E473   E474   E475   E476 E477   E478   E481   E482   E483   E491   E492   E493   E494   E495   E542   E570   E572   E631 E635   E904   E920   


Oh ya, kadangkala mereka menggunakan bahasa lembut "lemak haiwan@animal fat" untuk mengaburi mata pengguna beragama islam..Tidak dinafikan penggunaan lemak dari lembu juga ada digunakan bagaimanapun penggunaan lemak dari babi yang tidak halal ini lebih efisien kata mereka..kenapa..?

Babi mempunyai "ketumpatan" lemak yang tinggi berbanding lembu..Secara purata, 70 peratus badan haiwan yang bernama babi tu adalah lemak semata-mata..Sebab itu penggunaan lemak babi yang haram ini lebih efisien jika hendak dibandingkan dengan haiwan lain..! Tambahan pula masyarakat barat yang makan daging khinzir sebagai sumber protein utama setiap hari..Jika babi tersebut dimakan setiap hari, dimana hendak dibuang lemak-lemak yang banyak tersebut..? Jawapannya mudah, guna semula lemak babi tersebut dalam penghasilan sesuatu produk..! Rugi tiada, untung pun dapat..!


E-Code System ataupun E-Ingredients ini dicipta oleh barat untuk mengaburi mata masyarakat di negara-negara yang penduduknya majoriti beragama islam dalam mempromosikan barangan haram yang mengandungi lemak babi keluaran mereka dalam mencari keuntungan..Sedangkan pada tahun 60an dulu, lemak haram yang tiada nilai ini dibuang dan dibakar tapi kini berbillion-billion keuntungan berjaya dihasilkan daripada lemak babi terbuang ini dengan hanya menyusup masuk ke dunia islam sahaja..!

p/s: sekadar untuk mengingatkan saudara seagama tentang perkara ini..entri ini bukan berniat menjatuhkan "saham" barangan yang mempunyai kod di atas..ceh..~~

Itulah cara barat menyusup masuk ke dalam negara yang mempunyai majoriti penduduk beragama islam..Tanpa menghormati sensitiviti agama islam, secara perlahan-lahan mereka berjaya mempromosi produk makanan yang mengandungi lemak babi yang tidak halal ini tanpa disedari..! Secara terang-terangan kod makanan yang mengandungi lemak babi ini dicipta untuk mengaburi mata orang islam..Sekiranya anda membeli-belah, cuba pastikan kod-kod makanan yang mengandungi lemak babi haram itu dielakkan ya..


No comments :

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

exchange bloglist