4Lo6tkEvBVv3ZgCOiTpUbnOmMWU buatbest: Listen Listen Listen Sharifah Zohra Jabeen Vs Bawani KS


Klik Iklan Untuk Info



Wednesday, 16 January 2013

Listen Listen Listen Sharifah Zohra Jabeen Vs Bawani KS


Ceritanya bermula di sebuah pusat pengajian tinggi terkemuka di utara tanah air, Universiti Utara Malaysia (UUM) yang terletak di Sintok, Kedah..Dikatakan seorang penceramah forum bernama Sharifah Zohra Jabeen yang juga merupakan seorang Presiden Organisasi Suara Wanita 1Malaysia (walaupun aku tak rasa dia mewakili suara wanita pun) vs Bawani KS seorang pelajar universiti yang cuba mengutarakan pendapat berkenaan isu Bersih dan pendidikan percuma di Malaysia..Ops, berkenaan isu Listen listen listen..



Forum ini telah diadakan pada Disember tahun lepas walaupun baru sahaja mula "hit" di laman blog, twitter, facebook, youtube dan segala macam laman sesawang yang ada lah..Dikatakan forum yang bertajuk "Seringkah Mahasiswa Dan Politik" tersebut diadakan pada 8 Disember 2012 lepas di Universiti tersebut..

Apa yang peliknya, forum tersebut yang membincangkan tentang tajuk "Seringkah Mahasiswa Dan Politik",sepatutnya memang harus la seseorang yang terlibat dalam forum tersebut untuk menyatakan pendapat seiring dengan tajuk tersebut..Tak kira la di pensyarah ke, pelajar ke, mahupun Sharifah Zohra itu sendiri..

Apa yang menjadi persoalannya, seorang pelajar India yang bernama Bawani KS menyatakan pendapatnya melalui ruang yang diberikan oleh forum tersebut kepada pelajar untuk menyatakan hal yang bersangkut paut tentang tajuk yang berbaur politik itu dinafikan oleh wanita bernama Sharifah Zohra Jabeen ini..

Gambar diambil dari Facebook Pages yang mengutuk tindakan Sharifah Zohra Jabeen

Perkara pertama yang menjadi persoalan, patutkah seorang penceramah turun ke bawah pentas ditengah-tengah ribuan pelajar untuk menarik mic seorang pelajar yang sedang memberikan pendapatnya kepada penceramah dan juga kepada pelajar lain untuk difikirkan bersama-sama..?

Perkara keduanya, patutkah si penceramah menarik mic seorang pelajar ketika pelajar tersebut belum habis lagi mengutarakan pendapatnya yang mungkin tidak disukai oleh penceramah tersebut..? Siapa yang kurang ajar ya..?

Patutkah ayat sebegini digunapakai oleh Sharifah Zohra yang sombong dan angkuh.."Nombor satu, ini adalah program kami dan kami dibenarkan untuk bercakap..Nombor dua, apabila saya bercakap, (anda) dengar," kata Sharifah kepada Bawani..(padahal bila Bawani bercakap tak boleh pula dia cuba menjadi pendengar yang baik)

Aku tak rasa tindakan yang diambil oleh Sharifah Zohra Jabeen tersebut merupakan satu tindakan bijak untuk menafikan hak pelajar bernama Bawani KS untuk bercakap di dalam dewan tersebut..Kalau tak boleh bercakap baik lagi jangan adakan forum sebegitu..Dah tajuk pun berunsur politik, terima sahajalah apa pun pendapat yang diutarakan..Kalau rasa tak setuju jangan la diambil sebagai sesuatu yang positif..Takkan la pendapat dan idea si penceramah sahaja yang boleh digunapakai..hehehe..walaupun si penceramah tersebut mengutarakan pendapat seumpama sampah aku rasa..Tambah-tambah lagi bab dia cakap "semua orang mempunyai masalah..binatang pun mempunyai masalah.." hehehe..berkualitikah perumpamaan itu..? hehe

Saat Bawani KS mengutarakan pendapatnya berkenaan isu mengapa Malaysia tidak mampu menawarkan pendidikan percuma seperti negara-negara lain dan isu berkenaan perhimpunan Bersih, si Sharifah Zohra yang mungkin tak bersetuju dan "panas telinga" menarik mic yang sedang digunakan oleh Ms Bawani KS itu..hahaha..Sungguh cantik dan bijak sekali cara rampasan mic yang ditampilkan oleh Presiden Organisasi Suara Wanita 1Malaysia ini..hehe..(memalukan persatuan je..~)


Ini Facebook milik Sharifah Zohra Jabeen di sini..

Aku turut merasakan yang si Syarifah Zohra tidak mampu untuk menjawab isu berkenaan "mengapa Malaysia tidak mampu menawarkan pendidikan percuma seperti negara-negara lain" yang dilontarkan melalui suara hati Bawani KS itu..Bila dah tak mampu menjawab, terus dipotongnya hujah si Bawani dengan perkataan listen, listen, listen, listen, listen, listen,listen, listen, listen, listen, listen, listen, listen, listen, listen, listen, listen, listen, listen, listen, listen, listen, listen, listen, listen, listen, listen, listen, listen, listen, listen, listen, listen, listen, listen, listen, listen, dan listennnnn (entah berapa banyak kali aku pun tak pasti daa..) dengan harapan si Bawani KS berhanti bercakap mengenai hujah tersebut (walaupun Bawani terus je cakap tanpa henti, sampai Sharifah Zohara yang angkuh dan sombong menarik mic itu..)

Isu membabitkan listen, listen, listen ini terus menjadi buah mulut dikalangan masyarakat sehinggakan pelbagai pendapat yang setuju dan tidak kurang juga yang tidak bersetuju dengan cara Sharifah Zohra itu..


Penjelasan Menteri Pengajian Tinggi, KIMMA berkenaan isu "Listen Listen Listen" Sharifah Zohra Jabeen dipetik daripada Rakyat Marhaen Blog..

Pembicara kontroversi Sharifah Zohra Jabeen yang menyerfahang seorang mahasiswi secara terbuka dalam satu forum di Universiti Utara Malaysia (UUM) bukan lagi ahli Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) kata presidennya Senator Datuk Syed Ibrahim Kader dan mendakwa tingkahlaku bekas timbalan Ketua Wanita KIMMA Kebangsaan tersebut sukar dikawal.
Pembicara tersebut adalah presiden sebuah pertubuhan tidak pernah didengari dikenali sebagai Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) yang dilihat rapat dengan BN, dilihat didalam video mencaci seorang mahasiswi yang bangkit menyatakan pendiriannya mengenai perhimpunan aman anjuran Bersih 2.0 dan pehimpunan menuntut pendidikan percuma - dengan mengeluarkan kenyataan "bila dalam program kami, kami benarkan anda bercakap" dan "apabila saya bercakap, anda dengar."

"Banyak panggilan telefon saya dapat yang bertanyakan perkara sama.

"Jadi, saya ingin tegaskan beliau sudah tidak bersama KIMMA lagi. Segala yang beliau lakukan dan katakan sekarang tidak lagi melibatkan kami dan bukan pendirian kami," tegas Syed Ibrahim yang tidak menyatakan secara terperinci sama ada Sharifah Zohra dibuang daripada parti atau sudah meletak jawatan.

Ekoran kontroversi video tersebut, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dan rakannya Khairy Jamaluddin juga mempertahankan mangsa sikap biadap tersebut, Bawani dalam laman Twitter mereka.

Syed Ibrahim mengakui kelantangan dan sikap agresif Sharifah Zohra semasa berada dalam KIMMA dan telah menerima pelbagai laporan negatif mengenai individu tersebut.

"Ya, kami memang tahu tentang sikap liar dan agresif beliau (Sharifah Zohra) ini dan susah nak kawal beliau ini," tambah beliau lagi.

"Namun, beliau kini tidak berada dalam parti lagi."

Forum "Seiringkah mahasiswa dan politik?" diadakan di Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah pada 8 Disember lepas, akan tetapi hanya heboh selepas video tersebut dimasukkan di Youtube minggu lalu.

Klip selama 24 minit itu memaparkan seorang ahli panelnya Sharifah Zohra Jabeen menegur Bawani, yang bangun bercakap di forum itu, membangkitkan kepada penganjur forum apa yang dia percaya pembentangan mereka yang tidak betul mengenai Bersih dan penerajunya, Datuk S Ambiga dan Datuk A Samad Said.



Apapun, korang dengar sendiri la isu "listen listen listen" nie kat Video bawah nie..Dan, tak semestinya pendapat yang korang fikirkan itu salah selepas tengok video ini, mungkin juga ada betulnya juga..dan satu lagi, tidak semestinya pendapat aku nie betul, dan tidak semestinya pendapat aku nie salah..hehehe..

Video Sharifah Zohra Jabeen vs Bawani KS



1 comment :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

exchange bloglist