4Lo6tkEvBVv3ZgCOiTpUbnOmMWU buatbest: Lupa Bawa Topeng, Perompak Guna Baldi Tutup Muka Kantoi


Klik Iklan Untuk Info



Sunday, 20 January 2013

Lupa Bawa Topeng, Perompak Guna Baldi Tutup Muka Kantoi


Seorang perompak kantoi yang terlupa membawa topeng untuk digunakan semasa merompak tetap meneruskan hajatnya untuk merompak sebuah kedai makan dengan menutup kepala untuk melindungi mukanya itu menggunakan baldi..Walaupun agak bangang, tapi nampak agak kreatif..hahaa..



Boudreaux Richard, 23, didakwa memakai baldi di atas kepalanya untuk menyembunyikan identitinya dari kamera keselamatan kedai makan yang dirompaknya di Slidell, Louisiana, itu..

Walaupun Boudreaux mungkin telah menyangka yang beliau telah berjaya menyembunyikan wajahnya dari kamera dengan menggunakan baldi, tapi dia tidak menyangka bahawa wajahnya telah berjaya dirakam oleh cctv restoran tersebut pada mulanya lagi..

"Boudreaux berpakaian lengkap dengan memakai sarung tangan untuk mengelakkan diri dari meninggalkan cap jari selain alatan pecah rumah yang digunakan dibungkus..Semuanya berjalan seperti yang dirancang sehinggalah Boudreaux menyedari bahawa dia terlupa membawa topeng untuk melindungi identitinya,"kata seorang pegawai polis dalam satu kenyataan yang disiarkan di Facebook..

Menurut pihak berkuasa tempatan, Boudreaux ditangkap di rumahnya sejurus selepas jenayah rompakan "kantoi" itu dilakukannya minggu lepas.

Video Perompak Gunakan Baldi Untuk Menutup Wajahnya Kantoi


agensi


1 comment :

  1. hehehe.. harus nya lebih banyak waktu buat preparationnya tuh :p

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

exchange bloglist