4Lo6tkEvBVv3ZgCOiTpUbnOmMWU buatbest: Nenek Terkunci Dalam Supermarket Pada Malam Tahun Baru


Klik Iklan Untuk Info



Friday, 4 January 2013

Nenek Terkunci Dalam Supermarket Pada Malam Tahun Baru


Malam sambutan tahun baru yang lalu menyaksikan satu detik yang pasti tidak dapat dilupakan oleh seorang nenek berasal dari Perancis apabila dia ditemui terkunci dalam sebuah supermarket ketika dijumpai keesokan harinya oleh seorang pengurus pasaraya tersebut..


Pengurus kedai tersebut secara kebetulan datang untuk memeriksa pasar raya Intermarch├ę di bandar utara Roubaix, Perancis ketika hari cuti tersebut..Bagaimanapun dia terkejut selepas mendapati seorang wanita tua kelihatan tidak bermaya di dalam kedai tersebut..

Wanita tua berusia 73 tahun itu menyatakan bahawa dia terperangkap di dalam supermarket tersebut ketika pergi ke tandas yang terletak di dalam pasaraya itu..Selepas keluar dari tandas tersebut, nenek itu menyatakan bahawa dia telah terkunci di dalam pasaraya tersebut selepas melihat kedai tersebut kosong dan gelap dengan pintu terkunci..

Dia yang panik telah cuba membunyikan penggera keselamatan berkali-kali..Bagaimanapun tiada sesiapa yang mendengar penggera tersebut katanya..

Selepas terperangkap, dia berjalan melalui lorong-lorong dalam pasaraya untuk mencari tempat yang sesuai untuk merehatkan badan tetapi dilaporkan dia tidak dapat tidur di dalam kedai tersebut..

Kerana terlalu letih, dia akhirnya dibawa ke sebuah hospital berdekatan..

Bagaimanapun tidak diketahui kenapa nenek tersebut tidak menggunakan telefon yang terdapat di dalam pasaraya tersebut untuk meminta bantuan dengan menghubungi pejabat lapor berita..


p/s: kasihan..mungkin nenek tu tak pandai guna telefon agaknya..


No comments :

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

exchange bloglist