4Lo6tkEvBVv3ZgCOiTpUbnOmMWU buatbest: Oh, Inilah Mayat Hidup Penghisap Dadah Tegar


Klik Iklan Untuk Info



Tuesday, 1 January 2013

Oh, Inilah Mayat Hidup Penghisap Dadah Tegar


Dengan mengutip sampah-sarap yang boleh dijual untuk ditukarkan kepada wang, lelaki tua itu sanggup melakukan apa sahaja demi dadah..Ya, demi dadah..dan bukannya demi sesuap nasi..Itulah penangan kesan dadah yang membuatkan lelaki itu resah sekiranya tidak dapat menjamahnya walaupun sehari..



"Kadang-kadang saya tidak tidur sehingga 24 jam..Saya bekerja untuk menampung ketagihan saya, saya menghisap dadah hanya pada waktu malam..Dadah membawa fikiran saya jauh-jauh" kata Bobo seorang bekas seorang tentera yang tidak memberikan nama sebenarnya atas sebab-sebab keselamatan..

Hidup Bobo yang merupakan seorang penagih tegar dadah jenis kokain itu hanyalah untuk dadah itu sahaja..Dia tidak mempunyai apa-apa dalam hidupnya cuma yang difikirkan selepas bangun pagi cari wang untuk menampung pebelanjaan dadahnya itu..

Wang yang dikumpulkan pada sebelah siangnya habis digunakan untuk membeli dadah kokain itu..Setiap hari rutin hidupnya itu sentiasa akan berulang..Habis kesemua wang hasil pencarian mencari barang-barang lusuh guna semula, digunakan untuk membeli dadah tersebut akibat ketagihan melampau..Begitulah nasib Bobo yang ketagihan dadah..

Kerajaan Brazil kini sedang mencari cara untuk membantu memulihkan rakyatnya yang dikenali sebagai mayat hidup kerana mempunyai masalah ketagihan dadah kritikal..Brazil kini mempunyai penduduk yang juga merupakan pengguna terbesar dadah kokain di dunia mengikut Universiti Persekutuan Sao Paolo..Dijangkakan kira-kira 6 juta orang dewasa, atau 3 peratus daripada Brazil telah mencuba dadah kokain dalam pelbagai cara lapor media..


-Reuters-

p/s: dadah musuh negara~

No comments :

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

exchange bloglist