4Lo6tkEvBVv3ZgCOiTpUbnOmMWU buatbest: Orang Terkaya Di Malaysia 2013


Klik Iklan Untuk Info



Monday, 21 January 2013

Orang Terkaya Di Malaysia 2013


Bilionair telekomunikasi, T. Ananda Krishnan kini bergelar orang terkaya di Malaysia 2013 apabila memintas ‘Raja Gula’, Tan Sri Robert Kuok dengan mengumpul kekayaan bernilai RM30.56 bilion dalam senarai orang terkaya di Malaysia 2013..
Menurut kaji selidik akhbar berbahasa Cina Nanyang Siang Pau, Ananda mendapat lonjakan baharu dari segi kekayaan apabila saham Astro Malaysia Holdings Bhd. disenaraikan di Bursa Malaysia pada tahun lepas.
Menurut kaji selidik itu, Kuok yang memiliki pelaburan dalam sektor perhotelan dan resort, perladangan serta syarikat perkapalan tercicir daripada kedudukan orang terkaya di Malaysia dengan nilai harta berjumlah RM29.4 bilion.
Kuok dinobatkan sebagai orang terkaya di Malaysia pada tahun lalu (2012) berdasarkan ranking majalah Malaysian Business dengan harta bernilai RM45.7 bilion tetapi kekayaan itu susut sebanyak RM16.3 bilion pada tahun ini.
Tempat ketiga pula dikuasai tokoh perbankan dari Public Bank, Tan Sri Teh Hong Piow dengan nilai aset berjumlah RM15.1 bilion, meningkat sebanyak RM2.36 bilion berbanding RM12.64 bilion pada tahun lalu menurut sumber.
Tahukah anda, Raja Mansa Musa memegang tempat pertama dalam senarai manusia terkaya sepanjang zaman di muka bumi..Siapakah dia ni..? Jom tengok senarai manusia terkaya sepanjang zaman di muka bumi ini..

4 comments :

  1. salam..klu kaya mmg rezki hasil usaha mereka heee.moga2 kekayan tu dpt bantu mrka2 sush.amin

    ReplyDelete
  2. dia orang kaya bukannya ada halal haram...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

exchange bloglist