4Lo6tkEvBVv3ZgCOiTpUbnOmMWU buatbest: Pemegang Sosej Tercucuk Mata Budak Ni !


Klik Iklan Untuk Info



Saturday, 12 January 2013

Pemegang Sosej Tercucuk Mata Budak Ni !


Wang Zijun dikatakan sedang makan sosej di dalam kereta sebelum bapanya tiba-tiba memberhentikan kereta serta-merta..Akibat daripada insiden itu, sebatang pemegang sosej buluh telah tercucuk pada kedalaman 1.5cm di bahagian kelopak mata anaknya yang pada ketika itu sedang makan sosej di tempat duduk belakang kereta yang dipandu itu..



Batang buluh sepanjang 1.5cm tertusuk berhampiran kelopak matanya hampir menyebabkan dia buta..Doktor mengatakan dia bernasib baik kerana tidak kehilangan penglihatan disebabkan batang buluh itu tidak mengenai tepat pada matanya..

Dia kemudiannya dikejarkan ke hospital dengan doktor berhati-hati cuba membuang batang pemegang buluh sosej yang telah menembusi kulit kelopak mata kirinya itu..

Bapa kanak-kanak tersebut, Mr Dong berkata, 'selepas brek mengejut, anak saya menjerit dengan kuat menyebabkan saya terkejut..Saya terlihat batang sosej hampir menusuk biji matanya' katanya..

Menurut seorang ketua pakar bedah, Qiu Xiaorong, jika bapanya memandu lebih laju sedikit, perkara yang lebih buruk mungkin akan terjadi..Dia juga bernasib baik kerana pemegang sosej yang tertusuk pada kedalaman 1.5cm itu tidak mengenai tepat pada mata anaknya yang boleh menyebabkan buta..

Selepas kejadian tersebut, ibu bapa Wang Zijun diberi amaran keras untuk memastikan anaknya, Wang Zijun sentiasa mamakai tali pinggang keselamatan untuk mana-mana perjalanan masa hadapan..



agensi


2 comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

exchange bloglist