4Lo6tkEvBVv3ZgCOiTpUbnOmMWU buatbest: Perempuan Acheh Dilarang Membonceng Motorsikal Terkangkang


Klik Iklan Untuk Info



Saturday, 5 January 2013

Perempuan Acheh Dilarang Membonceng Motorsikal Terkangkang


Wilayah Acheh, Indonesia akan melaksanakan sebuah undang-undang baru untuk melarang perempuan daripada membonceng motorsikal dalam keadaan terkangkang yang mana dikatakan sangat bertentangan dengan budaya dan adat kesopanan seorang wanita..Perlaksanaan undang-undang tersebut dikatakan mengundang kontroversi masyarakat setempat di Aceh..




Datuk Bandar Lhokseumawe, Suaidi Yahya mengatakan undang-undang ini akan dilaksanakan demi menjaga keutuhan moral masyarakat Aceh..Turut menjadi perbincangan juga ialah mengenai masalah kerana terlalu ramai perempuan yang dilihat dibonceng oleh lelaki yang bukan muhrim dimana ia juga menjadi pertimbangan untuk pelaksanaan undang-undang berkenaan hal tersebut..

"Ketika perempuan dilihat menaiki motosikal dalam keadaan terkangkang, ia akan kelihatan seperti seorang lelaki..Tapi kalau duduk menyamping barulah akan jelas kelihatan seperti seorang perempuan," ujar Suaidi. "Sebenarnya budaya Aceh bagi seseorang perempuan itu, kalau membonceng motorsikal sepatutnya tidak boleh duduk mengangkang..Seharusnya duduk menyamping," kata Suaidi..

Tetapi bagaimana pula tentang soal keselamatan? Suadi berkata, nasib pembonceng bergantung pada penunggang motorsikal tersebut..Jarang ada kes kemalangan pada mereka yang membonceng motorsikal katanya..

Peraturan baru mengharamkan perempuan membonceng motorsikal dalam keadaan terkangkang ini akan dinilai dan seterusnya akan disahkan untuk menjadi undang-undang yang terbaru untuk Aceh yang dikenali sebagai wilayah yang tegas dalam melaksanakan undang-undang islam..Majlis Ulama Kota Lhokseumawe turut menyokong tetapi meminta undang-undang ini akan dikhususkan kepada perempuan yang membonceng dengan seseorang lelaki bukan muhrimnya..

BBC Indonesia


3 comments :

  1. Ini satu tindakan yang merbahaya dari segi keselamatan jangan tiru

    ReplyDelete
  2. ini buka soal adat sopan tetapi keselamatan yang utama dari pengalaman cara duduk begini akan menyebabkan kemalangan total dimana pembonceng akan jatuh tertonggeng dengan kepala terhempap kebawah dahulu dan akan menyebabkan tengkok akan patah TOLONG JANGAN IKUT CARA BEGINI AMARAN

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

exchange bloglist