4Lo6tkEvBVv3ZgCOiTpUbnOmMWU buatbest: Ribut Tropika Sonamu Dijangka Sebabkan Tsunami Di Terengganu, Kelantan, Pahang ?


Klik Iklan Untuk Info



Monday, 7 January 2013

Ribut Tropika Sonamu Dijangka Sebabkan Tsunami Di Terengganu, Kelantan, Pahang ?


Kecoh di beberapa laman sesawang Facebook mahupun Twitter setelah kononnya NASA mengeluarkan kenyataan bahawa kawasan Pantai Timur Malaysia akan dilanda Tsunami berikutan Ribut Sonamu yang dijangkakan melanda Negeri Terengganu, Kelantan dan Pahang..Dikatakan juga negeri-negeri yang terletak di Pantai Timur Malaysia itu berdekatan laluan Ribut Sonamu yang memungkinkan terjadinya Tsunami di pesisiran pantai Laut China Selatan..

Gambar diatas merupakan imej satelit NASA yang menunjukkan tentang pergerakan ribut Sunomu yang telahpun melepasi Filipina dan sedang menuju ke Pantai Timur Malaysia dari Laut China Selatan..

Ribut Sonamu dijangka membadai semenanjung Malaysia khususnya negeri-negeri di Pantai Timur dengan pergerakan angin dijangkakan pada kelajuan 65km/jam-100km/jam..

Menurut khabar angin yang bertiup kencang dan beberapa sumber luar dari Malaysia, Ribut Sonamu yang bergerak akan mula tiba di perairan negeri Terengganu pada hari ini @ esok (7/1/2013  8/1/2013)..


Menurut sumber daripada Trust.Org pula, diramalkan bahawa sememangnya Ribut Sonamu ini akan membadai Malaysia pada 8 Januari 2013 walaupun maklumat ini sekadar panduan sahaja..Berkemungkinan kawasan Terengganu, Kelantan dan juga Negeri Pahang (negeri pantai timur Malaysia) yang akan berhadapan situasi tersebut..

Ribut Tropika ini dikatakan akan membawa hujan lebat peringkat kuning menurut Jabatan Meteorologi Malaysia pada 7/1/2013 - 9/1/2013..

Hujan sekejap-sekejap dijangkakan berlaku pada hari ini di Pahang, Terengganu, Kelantan sehingga Rabu ini laporan Jabatan Meteorologi Malaysia..


Maklumat tentang gambar di atas berkaitan Sonamu Storm di sini 

Update tentang pergerakan Ribut Sonamu ini boleh didapati di sini

Info Terkini Jabatan Meteorologi di sini

Facebook Malaysian Meteorological di sini

Apapun tunggu sahaja perkembangan laporan dan kesahihan berita mengenainya daripada Jabatan Meteorologi Malaysia dan jangan mudah panik dengan khabar-khabar angin..Diharapkan semoga kita dapat dielakkan daripada bencana Ribut Sonamu yang dijangka melanda Pantai Timur Malaysia setelah melepasi Laut China Selatan..Amin..


2 comments :

  1. bahaya penyebaran maklumat gini kt twitter smlm. tsunami ni hany aberlaku bile ade gempa bumi di dasar lautan dalam. kalau ribut mungkin akan berlaku peningkatan air pasang laut secara luar biasa, bukan tsunami. angin dan hujan juga mengalami peningkatan luar biasa. biasanya tpt sy di terengganu hanya serpihan ribut tropika dar filipina.

    ReplyDelete
  2. Tsunami jadi sebab gempa. Ribut yang datang tu tak sampai Cat 1 pun.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

exchange bloglist