4Lo6tkEvBVv3ZgCOiTpUbnOmMWU buatbest: Sesat !! Sekolah Melahirkan Para Nabi Di Israel


Klik Iklan Untuk Info



Tuesday, 1 January 2013

Sesat !! Sekolah Melahirkan Para Nabi Di Israel



Negara haram Israel yang ditubuhkan pada 1948, baru-baru ini mengambil tindakan drastik dengan menubuhkan sebuah sekolah yang akan melahirkan para nabi..Sesuatu yang tidak pernah berlaku di dunia..Pelajarnya dikehendaki mempunyai kelulusan yang diperlukan sebelum layak diiktiraf dengan gelaran nabi..! Cain and Abel School for Prophet ditubuhkan bagi mencari manusia dari negara Israel ini yang layak memegang gelaran nabi nanti..


Sekolah tersebut mempunyai peraturan yang agak bebas berbanding sekolah seperti kebiasaannya..Para pelajar dibenarkan belajar sambil melakukan perkara-perkara yang disukai mereka samaada bermain gitar ketika belajar mahupun keluar dari kelas untuk merokok..!

Pelajar di Cain and Abel School for Prophet diajar dan dilatih mengenai maksud mimpi yang telah dialami, jenis-jenis malaikat yang wujud serta perkara berkenaan roh manusia..

Sekolah nabi di negara Israel tersebut hanya mengambil yuran pembelajaran untuk masuk ke sekolah daripada pelajar sebanyak Shekel 200 ataupun bersamaan dengan USD 53..

Pelajar yang lulus dengan cemerlang akan ditauliahkan dengan gelaran nabi melalui sijil yang diiktiraf..

Artikel Berkaitan: Perisik Israel Mati Diseret Motosikal Pejuang Hamas !

Salah seorang guru di sekolah itu Shmuel Haparty memberitahu bahawa mereka mempercayai Nabi Isa (Messias) sudah datang dah sekolah itu memerlukan nabi yang baru kepada dunia yang moden mereka katanya..

Bagaimanapun pendidik sekolah Cain and Abel School for Prophet di negara Israel itu tidak menjanjikan setiap "nabi" yang dikeluarkan oleh sekolah tersebut mampu untuk berinteraksi secara langsung dengan tuhan..!



Hartanah2all


1 comment :

  1. Boleh buat masa belajar main gitar. Entah ajaran mana la.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

exchange bloglist