4Lo6tkEvBVv3ZgCOiTpUbnOmMWU buatbest: Video: Mati Meletup Selepas Bergayut Di Pencawang Elektrik


Klik Iklan Untuk Info



Thursday, 10 January 2013

Video: Mati Meletup Selepas Bergayut Di Pencawang Elektrik


Seorang lelaki mati meletup setelah terkena kejutan elektrik selepas dia memanjat sebuah pencawang elektrik sebelum melakukan aksi akrobatik kerana dibawah pengaruh dadah..Dia menghayunkan dirinya sebelum mati meletup terkena renjatan voltan elektrik berkuasa tinggi pencawang tersebut..





Dia dikenali sebagai Miguel, dia mengayunkan dirinya ke salah satu kabel bervoltan tinggi sehingga menyebabkan letupan besar sebelum terjatuh ke tanah di Santiago, Chile..Aksi ngeri lelaki tersebut sempat dirakamkan oleh salah seorang saksi ketika itu..

Penduduk tempatan dikatakan menghubungi polis ke tempat kejadian di Lo Prado petang semalam selepas melihat seorang lelaki 'bermain di sekitar' kawasan rumah seorang penduduk..


Sekumpulan orang ramai kemudiannya berkumpul selepas mendapati lelaki tersebut cuba memanjat ke atas sebuah pencawang elektrik voltan tinggi di situ..Dia kemudiannya mengimbangkan dirinya sebelum melakukan aksi akrobatik dengan mengayunkan diri kearah wayar elektrik tersebut..

Anggota bomba dikatakan telah cuba memujuk lelaki itu hampir 30 minit untuk turun selain meletakkan beg udara di kaki pencawang sekiranya dia terjatuh..

Seorang jirannya berkata, ini bukanlah kali pertama lelaki itu melakukan aksi akrobatik semasa dibawah pengaruh dadah..Kali ini ketika melakukan aksi ngeri tersebut, kakinya dikatakan tersentuh pada kabel pencawang sehingga dia mati meletup sebelum jatuh ke bawah..


Letupan yang berlaku itu menyebabkan 2 buah rumah yang terletak berdekatan terbakar selain menyebabkan 500 buah rumah terputus bekalan elektrik..

Video Ngeri Lelaki Terkena Renjatan Elektrik





4 comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

exchange bloglist