4Lo6tkEvBVv3ZgCOiTpUbnOmMWU buatbest: Wanita Diharamkan Pakai Jeans, T-Shirt Elak Rogol Di India


Klik Iklan Untuk Info



Wednesday, 9 January 2013

Wanita Diharamkan Pakai Jeans, T-Shirt Elak Rogol Di India


Sebuah perkampungan yang terletak di India melarang keras wanita dan gadis-gadis bujang daripada memakai seluar jeans dan juga t-shirt untuk mengelakkan diri daripada dirogol berikutan sebuah kes rogol yang terjadi baru-baru ini sehingga mengakibatkan kematian seorang gadis di India..



Keputusan untuk mengharamkan pemakaian jeans dan t-shirt tersebut telah dilaksanakan di Khedar, daerah Hisar, India setelah beberapa orang ahli majlis bersetuju dengan undang-undang pencegahan kes rogol daripada terus berlaku disana..

Tindakan penggubalan undang-undang tersebut diambil setelah ahli majlis berkata pemakaian seluar jeans dan t-shirt ketat adalah sebab utama disebalik kes rogol..Mereka menyatakan bahawa penggubalan undang-undang tersebut merupakan satu langkah dalam menangani kes rogol dari terus berlaku..

Turut diharamkan segala jenis adalah minuman beralkohol yang boleh memabukkan selain denda kepada mereka yang membuat pesta (parti) sebanyak Rp 11,000..

Protes kes kematian seorang gadis yang dirogol di India baru-baru ini

Seorang ketua kampung, Sarpanch Shamsher Singh menyatakan kepada Times of India, "kami memutuskan untuk mengharamkan minuman beralkohol kerana ia merupakan salah satu sebab disebalik kes rogol..Kami turut melarang gadis daripada memakai seluar jeans dan t-shirt kerana itu bukanlah pakaian yang sesuai" katanya..

Meskipun kebanyakan wanita dan gadis-gadis bujang tidak bersetuju dengan undang-undang baru tersebut, kebanyakan penduduk kampung pula menyambut baik cadangan pengharaman tersebut..

Seorang lelaki pula memberitahu, "tujuan utama kami adalah untuk menutup kesemua kedai-kedai yang menjual minuman keras yang menjadi sebab utama kes rogol itu" kata Mahaveer Singh..

Sebelum ini dunia dikejutkan dengan kes seorang gadis yang juga seorang pelajar, mati setelah dirawat selama 13 hari di sebuah hospital di Singapura setelah dia dirogol dengan kejam oleh 5 orang lelaki di India..Penggubalan undang-undang menangani kes rogol yang dilaksanakan di daerah ini bertujuan mengelakkan kes rogol dari terus berulang lagi..Mengikut data yang dikeluarkan oleh kerajaan India, kes rogol semakin meningkat sebanyak 17 peratus dari 2007-2011..


  Pihak polis mengawal ketat 5 suspek kes rogol hingga menyebabkan kematian seorang gadis..Mangsa akhirnya meninggal dunia setelah gagal diselamatkan ketika menerima rawatan di sebuah hospital Singapura..


-Agensi-


No comments :

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

exchange bloglist