4Lo6tkEvBVv3ZgCOiTpUbnOmMWU buatbest: Harimau Serang Manusia Digantung Penduduk Kampung Yang Berang


Klik Iklan Untuk Info



Saturday, 9 February 2013

Harimau Serang Manusia Digantung Penduduk Kampung Yang Berang


Harimau serang manusia..Kerana berang dengan seekor harimau bintang yang menyerang dan mencederakan penduduk kampung, mereka bertindak nekad menangkap dan menggantung binatang liar tersebut di sebatang pokok..


Binatang buas tersebut dikatakan menyerang tiga orang penduduk kampung yang sedang berada di dalam rumah ketika kejadian tersebut berlaku lapor media..

Kejadian berlaku di kampung Choriyakhola Bisiondoi, Golokgunj yang terkenal sebagai habitat semulajadi haiwan liar itu.

Dilaporkan ketika serangan oleh harimau tersebut berlaku, penduduk kampung terdengar jeritan daripada salah seorang ahli keluarga yang menjerit meminta pertolongan kerana diserang oleh binatang tersebut..



Penduduk yang tiba di rumah mangsa dikatakan mengejar harimau itu sebelum bertindak menggantung binatang liar tersebut di sebatang pokok..

Salah seorang mangsa yang dikenali sebagai Roy dilaporkan mengalami kecederaan teruk akibat serangan harimau bintang itu selain salah seorang mangsa juga mengalami kecederaan kritikal akibat diserang di bahagian mukanya..

Entri Berkaitan: Sami Buddha Ini Makan Dan Hidup Bersama Harimau Setiap Hari

Statistik melaporkan bahawa serangan haiwan liar / binatang buas terutamanya harimau bintang semakin meningkat saban tahun di India sehingga menyebabkan ramai penduduk sekitar mengambil tindakan berani dengan membunuh harimau yang dikatakan menyerang penduduk kampung..


agensi


1 comment :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

exchange bloglist