4Lo6tkEvBVv3ZgCOiTpUbnOmMWU buatbest: One Utama (OU) Blackout Dan Terbakar ! Gambar Dan Punca Kejadian


Klik Iklan Untuk Info



Monday, 25 February 2013

One Utama (OU) Blackout Dan Terbakar ! Gambar Dan Punca Kejadian


Gempar mengenai pusat beli-belah terkemuka One Utama ( OU )yang dikatakan blackout dan terbakar..Berikut beberapa gambar dan punca sebenar mengenai kejadian One Utama yang blackout lalu terbakar..





Berita OU terbakar menjadi trending hangat di Twitter 

Beberapa gambar orang ramai yang berada di tempat kejadian ketika One Utama mula Blackout dan terbakar sebelum berita menganainya tersebar secara meluas di laman sosial Facebook, Twitter, Forum dan Blog..

Berikut meupakan laporan dari Astro Awani mengenai berita tentang pusat beli-belah terkemuka One Utama bergelap dan terbakar..

KUALA LUMPUR: Berita pusat beli-belah terkemuka One Utama bergelap dan terbakar telah menjadi hangat di Twitter dan banyak gambar mengenainya dimuatnaik oleh warga Twitter yang berada di sana.

Ketua operasi, Pegawai Bomba Kanan 2, Shamshul Anuar Antang ketika dihubungi wartawan Astro Awani telah mengesahkan mengenai kejadian yang berlaku.

“Punca kebakaran berlaku di stor penyimpanan peralatan, di tingkat tujuh bahagian bumbung, New Wing” katanya kepada pemberita.

Menurut Shamshul, kebakaran kecil itu menyebabkan pusat membeli-belah tersebut bergelap seketika.

Menurut pihak bomba lagi, laporan telah diterima dari pihak One Utama kira-kira pukul 9 malam dan kebakaran berjaya dipadamkan setengah jam kemudian.

Walaubagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan jumlah kerugian masih belum dapat ditaksirkan.


Berita One Utama blackout dan terbakar mula menjadi trending di Twitter sejak beberapa jam selepas kejadian dilaporkan..


1 comment :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

exchange bloglist