4Lo6tkEvBVv3ZgCOiTpUbnOmMWU buatbest: Serius: Kuil Puja Payudara Ini Benar-Benar Wujud !


Klik Iklan Untuk Info



Tuesday, 26 February 2013

Serius: Kuil Puja Payudara Ini Benar-Benar Wujud !


Serius: Kuil Puja Payudara Ini Benar-Benar Wujud ! Mungkin bagi masyarakat kita bunyinya memang agak lucu..Tapi kuil memuja payudara wanita ini sememangnya wujud dan dianggap suci bagi masyarakat ini..Dengan memuja kuil ini, dikatakan dapat menghindarkan penyakit barah / kanser payudara !




Kuil ini terrletak di Soja, Jepun digunakan oleh masyarakat di sini untuk memuja payudara mereka dalam usaha menyembuh dan mengelakkan diri daripada penyakit-penyakit seperti barah / kanser payudara..

Dipercayai budaya unik masyarakat Jepun yang memuja payudara wanita ini adalah dengan memuja dewi yang dikenali sebagai Dewi Susu ataupun Chichigamisama yang dipercayai dapat membantu kelahiran anak, menyembuhkan kanser payudara dan sebagainya yang berkenaan payudara wanita..

Kuil yang wujud sejak 300 tahun lalu ini mempunyai penganut yang terdiri daripada masyarakat beragama Shinto..Dikatakan tempat ini merupakan tempat mereka memuja 5 Dewa Shinto yang tidak bertentangan dengan payudara..

Berhampiran kuil ini terdapat sepohon pokok yang dipercayai sebagai tempat bersemayam Dewi Susu  kerana ketika musim bunga ia kelihatan seperti 'timbunan susu'..Hal ini menyebabkan ramai orang yang datang memuja kuil ini..

Kebanyakan wanita yang datang ke sini mempunyai masalah dalam menyusukan anak, cara mendapatkan anak dan mengelakkan dari penyakit kanser payudara,.

Terdapat sebuah papan kecil untuk ditulis doa diatasnya..Ia menyerupai seperti bentuk buah dada wanita dan digunakan untuk memohon doa..Pengunjung yang berhasrat doanya dikabulkan Dewi Susu boleh menulis hajat mereka di 'payudara' tersebut dan menggantungkannya di kuil itu..Mereka yang berhajat untuk berdoa boleh membeli papan payudara tersebut secara online pada harga USD 21.. !



1 comment :

  1. Di Jepun memang banyak kuil dan patung yang pelik2. Tak silap kerapu la...penah tgk dlm TV dia org sembah replika bentuk Tuuuuuuuuut........ lelaki. Macam2..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

exchange bloglist