4Lo6tkEvBVv3ZgCOiTpUbnOmMWU buatbest: Sniper Israel Aim Kepala Kanak-Kanak Palestin


Klik Iklan Untuk Info



Wednesday, 20 February 2013

Sniper Israel Aim Kepala Kanak-Kanak Palestin


Sekeping gambar yang dimuatnaik di instagram milik seorang askar Israel yang menunjukkan tentang seorang sniper Israel yang sedang aim kepala seorang kanak-kanak Palestin menaikkan kemarahan masyarakat antarabangsa kini..

Gambar yang dimuatnaik di akaun peribadi instagram milik penembak hendap bernama Mor Ostrovski itu telah dibuang selepas dia mendapat kecaman dari pelbagai pihak sebelum dia menutup terus akaun instagram peribadinya itu..

Ostrovski turut memaparkan beberapa lagi gambarnya yang sedang beraksi bersama-sama pelbagai lagi jenis senjata api..

Sebuah laman web Palestin, The Electronic Intifada menyatakan bahawa budak Palestin itu sengaja dijadikan sasaran tembakan oleh sniper Yahudi tersebut..

Turut menyatakan kekesalan adalah kumpulan aktivis kemanusiaan yang marah dengan tindakan askar Israel tersebut sebagai sesuatu yang tidak berperikemanusiaan..

Entri Berkaitan: Gambar Perisik Israel Mati Diseret Motorsikal Pejuang Hamas

Bagaimanapun pihak Pertahanan Keselamatan Israel (IDF) berjanji akan menyiasat perkara tersebut dan mengakui bahawa foto sniper Israel aim kepala seorang kanak-kanak Palestin yang dimuatnaik ke internet tersebut merupakan kontroversi terbaru yang membabitkan askar Israel kini..AP


2 comments :

  1. memang bagus disebarkan...
    biar sati dunia tahu..

    ReplyDelete
  2. kejam nya diorng ni..
    semoga dpt balasan yg setimpal ats perbuatan nya..
    im newbie follow my blog http://belogzeera.blogspot.com/

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

exchange bloglist