4Lo6tkEvBVv3ZgCOiTpUbnOmMWU buatbest: Surau Baitulrahman Aman Perdana Klang Kena Tembak


Klik Iklan Untuk Info



Tuesday, 19 February 2013

Surau Baitulrahman Aman Perdana Klang Kena Tembak

 

Sepuluh jemaah yang sedang membuat persediaan untuk solat Isyak dikejutkan dengan dua das tembakan, yang turut merosakkan cermin Surau Baitulrahman Aman Perdana, Kapar, Klang, malam tadi..

Ketika kejadian kira-kira jam 8.20 malam itu, 10 jemaah lelaki dan wanita berada di tingkat atas surau dua tingkat berkenaan..

Jemaah mula terkejut apabila cermin surau yang menghadap jalan utama pecah secara tiba-tiba hasil tembakan tersebut dan pemeriksaan mendapati terdapat dua kesan tembakan yang disasarkan ke arah bahagian surau itu..

Dilaporkan, tembakan ke arah surau itu menggunakan pistol angin yang tidak mengeluarkan bunyi..Peluru yang digunakan pula adalah 'ball bearing'..

Pihak polis sedang menyiasat kes ini dan masih belum ada tangkapan dijalankan..

Jemaah mula terkejut selepas mendengar bunyi cermin pecah secara tiba-tiba ketika itu dan bagaimanapun kejadian itu tidak mendatangkan kecederaan kepada jemaah..

Surau tersebut juga dikatakan pernah disimbah dengan cat sebelum ini oleh mereka yang tidak bertanggungjawab sebelum kes surau ini ditembak dengan menggunakan pistol angin terjadi..


1 comment :

  1. ikafir pun takkan tembak dan merusakkan Masjid, Ini sudah tentu harba yang bernamakan nama Melayu!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

exchange bloglist