4Lo6tkEvBVv3ZgCOiTpUbnOmMWU buatbest: Wanita Bunuh Diri Di Berjaya Times Square KL


Klik Iklan Untuk Info



Saturday, 16 February 2013

Wanita Bunuh Diri Di Berjaya Times Square KL


Kecoh beberapa gambar yang menunjukkan seorang wanita yang membunuh diri dengan terjun dari tingkat 6 Berjaya Times Square KL..Tindakan nekad wanita tersebut didorong oleh perasaan kecewa kerana putus cinta dengan teman lelakinya itu sebelum wanita cina itu bertindak nekad bunuh diri terjun dari dari tingkat 6 bangunan tersebut pada Valentine Day 14 Febuari 2013 lalu..Sementara laporan berita pula menyatakan bahawa mangsa mati akibat terjatuh..





Menurut laporan dari AstroAwani

KUALA LUMPUR: Satu kejadian tragis berlaku pada Hari Kekasih di mana seorang wanita berusia 36 tahun maut setelah terjatuh dari tingkat enam sebuah pusat membeli-belah di Jalan Imbi.

Wanita yang dikenali sebagai Choo Czek Yeng dilihat sedang berdiri  pada barisan penghadang sebelum jatuh ke bawah.

Dia kali terakhir dilihat berada di situ pada jam 10.00 pagi.

Ketua polis daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad memaklumkan tiada sebarang kecederaan lain pada badan mangsa.

Kata beliau, setakat ini tiada saksi yang tampil mendakwa melihat wanita itu terjun.

Selain itu katanya tiada sebarang kamera litar tertutup (CCTV) yang merakam kejadian tersebut.

Seorang kakitangan pusat membeli-belah terbabit ketika dihubungi memaklumkan bahawa pihak pengurusan tidak mempunyai banyak maklumat tentang kejadian itu.

“Tiada komen. Kami serahkan pada pihak polis kerana mereka yang menyiasat kes ini. Saya minta maaf,” kata kakitangan tersebut yang enggan dikenali.

Sementara itu, kejadian tersebut juga mendapat perhatian pengguna laman media sosial, Twitter.

Antara reaksi yang diberi termasuk ucapan takziah, edaran foto mangsa serta gesaan supaya tidak mempersendakan kejadian itu.


Entri Berkaitan: Wanita Viertnam Cuba Bunuh Diri Di Cheras


No comments :

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

exchange bloglist