4Lo6tkEvBVv3ZgCOiTpUbnOmMWU buatbest: Wanita Dedah Puting Payudara Di Tempat Awam Amerika Akan Dihukum


Klik Iklan Untuk Info



Wednesday, 20 February 2013

Wanita Dedah Puting Payudara Di Tempat Awam Amerika Akan Dihukum


Di negara barat, wanita yang mendedahkan payudara mereka dengan santai di tempat awam kini merupakan satu perkara biasa..Bagaimanapun hal itu akan berubah untuk utara Amerika, bahagian Carolina Utara..Wanita yang mendedahkan puting buah dada mereka dengan sengaja akan dikenakan tindakan undang-undang jika usul larangan dedah payudara ini dilaksanakan tidak lama lagi..

Usul larangan mendedahkan payudara di tempat awam itu telah diusulkan oleh Rayne Brown dari Parti Republik..Dia menyatakan bahawa mempertontonkan organ seksual termasuk puting payudara kepada umum merupakan suatu perkara yang kurang baik..

Sekiranya dilaksanakan, undang-undang baru ini sekaligus mengenepikan peraturan lama tahun 1970 yang tidak menyatakan bahawa payudara ataupun buah dada wanita merupakan "bahagian peribadi"..

Setelah diselidik, langkah untuk menegakkan undang-undang pengharaman mendedahkan puting payudara oleh Rayne itu berpunca daripada sebuah acara tahunan yang berlangsung di Asheville pada Ogos lalu..Dalam acara tersebut, para pesertanya yang ber telanjang bulat sehingga ' payudara indah ' peserta wanita terdedah kepada orang ramai untuk tontonan..!

Walaupun mendedahkan payudara di tempat awam merupakan larangan selepas ini, untuk proses menyusui bayi di tempat awam pula tidak akan dikenakan tindakan undang-undang..Bagi kaum lelaki pula, undang-undang ini tidak akan digunapakai seperti wanita..

Bagaimanapun usul larangan wanita dedah payudara di tempat awan yang dibawa oleh Rayne ini ditentang oleh Parti Demokrat yang menyatakan bahawa undang-undang ini hanya akan "membingungkan" perempuan dalam berpakaian seperti lazimnya..Sementara itu, Annie Mobley, anggota jawatankuasa c pula menyatakan bahawa khuatir sekiranya peraturan itu akan menghukum wanita disebabkan pakaian (jarang) yang dianggap "mendedahkan puting payudara" kini..AP




No comments :

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

exchange bloglist