4Lo6tkEvBVv3ZgCOiTpUbnOmMWU buatbest: Wanita Pakai Perut Hamil Palsu Untuk Dapatkan Tempat Duduk


Klik Iklan Untuk Info



Thursday, 28 February 2013

Wanita Pakai Perut Hamil Palsu Untuk Dapatkan Tempat Duduk


Demi mendapatkan tempat duduk di dalam pengangkutan awam yang padat, seorang wanita 'hamil' yang menggunakan perut palsu akhirnya terbongkar selepas perut 'hamil' kononnya dia mengandung itu terjatuh di depan penumpang-penumpang tren lain beberapa hari lepas..


Perkara tersebut terbongkar selepas wanita bernama Zhang sedang memperbetulkan tali yang mengikat perut hamil palsunya sebelum tali tersebut terbuka lalu menyebabkan perut silikon palsunya itu terjatuh sehingga mengejutkan pengguna tren yang lain.
.

Penumpang-penumpang yang mengetahui tindakan Zhang yang cuba menipu dengan berpura-pura mengandung itu berasa marah hingga ada salah seorang penumpang lain menyatakan  "aku tidak percaya dia bertindak seperti itu untuk mendapatkan tempat duduk," ujar salah seorang penumpang..


Zhang memberitahu bahawa dia membeli perut hamil palsu beharga 300 Yuan dalam talian selepas terjumpa iklan mengenai perut hamil tersebut di internet..

Beijing merupakan salah satu bandaraya yang mempunyai sistem tren bawah tanah paling sibuk di dunia menurut laporan..Laporan menyebutkan bahawa sistem tren di sana telah mengantarkan 2,1 juta penumpang pada tahun 2012 lalu..


2 comments :

  1. Yup kalau pregnant semua orang tolong. Nak beli jugaklah..mana nak dapat eh? Hahah

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

exchange bloglist