4Lo6tkEvBVv3ZgCOiTpUbnOmMWU buatbest: Askar Kanak-Kanak Turut Berperang Di Syria


Klik Iklan Untuk Info



Saturday, 30 March 2013

Askar Kanak-Kanak Turut Berperang Di Syria


Perang yang telah berlangsung di Syria memaksa setiap orang untuk selalu berjaga-jaga setiap saat..Mereka terpaksa untuk membunuh ataupun dibunuh dalam medan perang ini..Keadaan ini menyebabkan mereka (samada wanita dan kanak-kanak) terpaksa meneruskan hidup dalam medan perang..Sebuah foto yang didedahkan menunjukkan kanak-kanak di Syria turut mengangkat senjata dengan terlibat dalam konfik peperangan..




Dalam foto tersebut, seorang kanak-kanak yang dikenali sebagai Ahmed, berusia tujuh tahun dilihat memegang selaras senapang Kalashnikov AK-47..Tubuhnya kelihatan kerdil juka dibandingkan dengan laras senapang yang panjang itu..(DailyMail, 28 Mac)

Paling mengejutkan dalam gambar tersebut Ahmed kelihatan sedang menghisap sebatang rokok seperti kebiasaan orang dewasa yang lain..! Rokok tersebut dihisap seperti dia sudah biasa menghisap tembakau sambil tangan kanannya memegang senapang..

Gambar ini diambil di salah satu medan perang paling ganas di Aleppo, Syria di wilayah Salahadeen..Sebelum ini seorang wanita yang juga seorang sniper hebat, turut sama melibatkan diri dalam peperangan di Syria ini..Klik Di Sini..

Ahmed bukanlah satu-satunya kanak-kanak yang turut terlibat dalam peperangan, seorang lagi kanak-kanak bernama Mohamed Asaf, berusia 12 tahun, sering membantu pasukan doktor dan medikal di wilayah Dar al-Shifa, Aleppo untuk merawat orang yang sakit dan cedera dalam perang..

Sebelum ini, pada mulanya Asaf mengaku lemas jika melihat darah.."Lama-kelamaan semuanya menjadi biasa..Darah seperti air" kata Mohamed Asaf dalam sebuah dokumentari yang ditayangkan dalam sebuah siaran Inggeris di Channel 4..

Menurut sebuah organisasi yang terlibat mempertahankan hak kanak-kanak, Save the Children, dalam laporannya awal Mac ini menyatakan kanak-kanak Syria telah dipergunakan dalam peperangan..

Save the Children turut menambah, di Syria sahaja terdapat sekitar 2.000.000 kanak-kanak yang memerlukan bantuan..Mereka hidup dalam situasi yang berbahaya..

Menurut kajian, setiap tiga dari empat orang kanak-kanak di Syria kehilangan anggota keluarga dalam konflik peperangan tersebut..

"Jutaan kanak-kanak di Syria membesar tanpa mengetahui apapun kecuali kekerasan..Mereka kekurangan pendidikan dan berada di bawah tekanan serta trauma yang akan tetap diingati hingga akhir hayat mereka," ujar laporan Save the Children..




1 comment :

  1. ngeri juga,..................
    semoga di indonesia tidak terjadi perang sehingga anak-anak dpt bljr dngn tnang tnp hrs ikut perang

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

exchange bloglist