4Lo6tkEvBVv3ZgCOiTpUbnOmMWU buatbest: Ayam Keluarkan Telur Dalam Telur


Klik Iklan Untuk Info



Tuesday, 19 March 2013

Ayam Keluarkan Telur Dalam Telur


Seorang nenek terkejut dengan telur gergasi yang dikeluarkan oleh ayam peliharaannya..Ayam peliharaannya itu bukan setakat mengeluarkan telur gergasi malah di dalam telur yang besar itu terdapat sebiji lagi telur ayam dengan saiz yang kebiasaannya..


Telur ayam gergasi itu saiznya hampir tiga kali ganda daripada saiz telur biasa..Bila dipecahkan ternyata di dalam telur itu terdapat 2 kuning telur dan sebiji telur dengan ukuran biasa..Ketika telur yang sebiji lagi di dalam itu dipecahkan, isinya normal iaitu kuning dan putih telur biasa..

Nenek berusia 87 tahun dari China kelihatan terkejut kerana dia tidak pernah melihat telur seperti itu sepanjang hidupnya.."Saya telah berumur lebih dari 80 tahun kini, namun saya tidak pernah melihat telur seperti ini," ujarnya dalam laporan berita ITN..

Nenek tersebut bagaimanapun mengaku ayam peliharaannya telah beberapa kali mengeluarkan telur ayam gergasi..Dilaporkan telur ini merupakan yang keempat atau kelima telah dihasilkan oleh ayam peliharaannya itu..


Hingga kini tidak diketahui kenapa ayam tersebut boleh menghasilkan telur seperti itu..Nenek itu turut menyatakan perkara tersebut mungkin terjadi kerana dia memberi ayamnya makan nasi..Ayam tersebut dikatakan tidak makan jagung seperti ayam peliharaannya yang lain..Jom layan video di bawah..





1 comment :

  1. ehhh, peliknya. Jgn2 telur tu ada kembar kut. =.="

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

exchange bloglist