4Lo6tkEvBVv3ZgCOiTpUbnOmMWU buatbest: Cuci Mata Di Kedai Ini, Anda Akan Dikenakan Bayaran


Klik Iklan Untuk Info



Friday, 29 March 2013

Cuci Mata Di Kedai Ini, Anda Akan Dikenakan Bayaran


Sekiranya anda men'cuci mata' di kedai ini anda akan dikenakan bayaran yang tidak munasabah dan amat pelik bagi seorang pelanggan kedai..



Bayaran untuk sekali masuk ke dalam kedai ini adalah sebanyak AUD 5 sekiranya anda masuk tanpa membeli barang di sini sebaliknya hanya untuk mencuci mata sahaja..

Tindakan pelik ini diambil oleh seorang pemilik kedai di Australia yang bertindak meminta bayaran 'cuci mata' daripada pelanggan yang datang tapi hanyalah untuk melihat, 'survey' informasi dan harga barangan tapi membeli di kedai lain..!

Pemilik kedai benama Georgina merasakan bahawa tindakannya itu sangat tepat kerana dia merasa amat tertipu apabila ramai orang yang datang ke kedainya hanyalah untuk menggali maklumat barangan tetapi membeli di kedai lain..



'Ketika pelanggan datang kedai, saya dapat merasakan adakah dia memang datang untuk membeli ataupun hanyalah untuk melihat sahaja'..kata Georgina..Saya kecewa melayani pelanggan yang akhirnya datang bukan untuk membeli barangan yang dijual..Kedai saya itu bukannya pusat amal..!'

Georgina menyatakan bahawa tindakan yang dilakukannya itu adalah sangat adil untuknya dan juga pelanggan-pelanggan lain..Hal ini kerana dia mengetahui bahawa pen'cuci mata' yang sering kedainya kadangkala merupakan 'supermarket' yang sedang melakukan 'survey' untuk mengetahui tentang persaingan harga di pasaran..-----haha..macam-macam-----


No comments :

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

exchange bloglist