4Lo6tkEvBVv3ZgCOiTpUbnOmMWU buatbest: Sup Iguana Makanan Tradisional Yang Agak Eksotik !


Klik Iklan Untuk Info



Monday, 25 March 2013

Sup Iguana Makanan Tradisional Yang Agak Eksotik !


Nicaragua mempunyai sejenis makanan tradisional iaitu sup iguana yang menjadi kegilaan ramai walaupun agak pelik bagi kita.."Ia adalah benar-benar lazat..Ia adalah hidangan makanan tradisional," ujar Manuel Zamora yang membeli dua ekor iguana..


Iguana

Sup iguana begitu popular di Nicaragua, Amerika Latin walaupun undang-undang menyatakan iguana tidak dibenarkan untuk diburu pada musim pembiakannya iaitu dari bulan September hingga April..

Bagaimanapun, kerana permintaan yang tinggi terhadap sup iguana ini, ramai yang tidak mengendahkan larangan yang dikeluarkan itu..

Pedro Espinoza, warga Nicaragua yang tinggal di Costa Rica, berkata, "saya suka rasa iguana..Sedikit rasa telur yang terdapat di dalam sup ini sangat lazat"..katanya..




Sup iguana ini dikatakan baik untuk meningkatkan tenaga lelaki serta menyihatkan otak..Ia mengandungi daging, bahagian berduri ekor iguana, otak, tulang sum-sum, buah zakar lembu dan kadangkala mengandungi kerang..

"Saya suka buah zakar lembu," kata Jose Cordoba, peminat hidangan eksotik sup iguana ini yang agak berusia..

Menurut beberapa orang, ekor berduri iguana yang dikenali dalam bahasa Sepanyol sebagai garrobo, yang popular dalam masakan tradisional orang Nicaragua di sini mengatakan ia mempunyai khasiat membantu melawan kanser, kencing manis, anemia dan beberapa penyakit lain walupun tiada bukti khusus menyatakannya..


1 comment :

  1. alahaaaaiiii....macam2 lah...dia org ni

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

exchange bloglist