4Lo6tkEvBVv3ZgCOiTpUbnOmMWU buatbest: Video Dan Gambar 4 Penceroboh Sulu Berjaya Ditangkap Polis


Klik Iklan Untuk Info



Wednesday, 6 March 2013

Video Dan Gambar 4 Penceroboh Sulu Berjaya Ditangkap Polis


4 suspek penceroboh Sulu ditahan dipercayai ada kaitan dengan penceroboh (gambar video)

Polis menahan empat lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan penceroboh yang terlibat dalam kejadian serangan hendap di Kampung Sri Jaya Simunul, di sini, Sabtu lalu..



SEMPORNA: Polis menahan empat lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan penceroboh yang terlibat dalam kejadian serangan hendap di Kampung Sri Jaya Simunul, di sini, Sabtu lalu. 

Empat lelaki yang ditahan dalam operasi khas oleh sekumpulan anggota polis dari jabatan cawangan jenayah berat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah itu berusia dalam lingkungan 20-an hingga 50-an. 

Menurut polis, operasi yang dijalankan di Jalan Lapangan Terbang, kira-kira lima kilometer dari Pekan Semporna, bertujuan menangkap penceroboh yang didakwa menyamar sebagai penduduk kampung di beberapa kawasan di Semporna. 



"Bertindak hasil maklumat awam dan maklumat risikan yang dikumpul sejak beberapa hari lepas, kami berjaya menahan empat lelaki untuk siasatan," kata pegawai berkenaan. 

Beliau berkata operasi itu bermula pada 12 tengah hari dan berakhir 1.15 tengah hari. 

Tinjauan Bernama di lokasi operasi mendapati dua rumah diperiksa dan polis berjaya menahan dua lelaki di rumah itu manakala seorang lelaki ditahan ketika keluar dari belukar dan seorang lagi ditahan dalam pemeriksaan terhadap sebuah kenderaan yang mencurigakan. 


Video Penceroboh Sulu Berjaya Ditangkap Polis

Dalam kejadian Sabtu lepas, enam anggota polis terkorban dalam serang hendap oleh kumpulan pengganas bersenjata. Kejadian pada 8 malam itu turut menyebabkan enam pengganas terbunuh. - BERNAMA 



xlupa

2 comments :

  1. semoga polis dpt bnyk maklumat berkaitan dgn pencerobohan tu.

    ReplyDelete
  2. hapuskan dalang.....!!!!!
    jangan bagi muka lagi....!!!!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

exchange bloglist