4Lo6tkEvBVv3ZgCOiTpUbnOmMWU buatbest: Video Lelaki Ditelan Lubang Jerlus Dalam Yang Tiba-Tiba Muncul


Klik Iklan Untuk Info



Friday, 29 March 2013

Video Lelaki Ditelan Lubang Jerlus Dalam Yang Tiba-Tiba Muncul


Video rakaman cctv seorang lelaki yang juga pengawal keselamatan ditelan lubang jerlus sangat dalam yang tiba-tiba saja muncul ketika dia sedang menjalankan tugas meronda di kawasan tempatnya bekerja..



Kejadian dilaporkan berlaku di Futian, wilayah Shenzhen, China petang Rabu lalu ketika pengawal keselamatan berusia 25 tahun sedang berjalan di kawasan tersebut..

Lubang jerlus yang menelan lelaki tersebut dipercayai begitu dalam iaitu sedalam empat tingkat dengan berkeluasan hampir 16 kaki persegi lapor media..!

Lelaki tersebut dilaporkan berjaya ditemui oleh pasukan penyelamat sebelum membawanya ke hospital..Dia bagaimanapun mati akibat daripada kecederaan parah yang dialaminya itu..

Pihak berkuasa tempatan memberikan jaminan kepada penduduk sekitar yang mana tanah jerlus seperti itu  tidak mungkin akan berlaku lagi kepada mereka walaupun ramai penduduk pula yang memberitahu pemberita bahawa mereka akan mencari tempat lain untuk tinggal kerana takut perkara tersebut berulang lagi..!


Video tanah jerlus menelan seorang lelaki


No comments :

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

exchange bloglist