4Lo6tkEvBVv3ZgCOiTpUbnOmMWU buatbest: Detik Akhir Hukuman Gantung Sampai Mati Di Kuwait


Klik Iklan Untuk Info



Sunday, 14 April 2013

Detik Akhir Hukuman Gantung Sampai Mati Di Kuwait


Kuwait kembali melaksanakan hukuman gantung sampai mati terhadap pesalah jenayah berat dengan hukuman dijalankan di tempat terbuka untuk disaksikan oleh beberapa orang selepas kali terakhir hukuman tersebut dijalankan pada tahun 2007 lalu..




Seorang lelaki yang dijatuhi hukuman gantung tersebut dilihat menghisap sebatang rokok terakhir sebelum hukuman gantung sampai mati tersebut dilaksanakan keatas dirinya saat matanya telah ditutup..

Dia bersama dua orang lagi lelaki telah disabitkan dengan beberapa kes jenayah berat yang mengakibatkan hukuman gantung secara terbuka di sebuah tempat letak kereta tersebut perlu dilaksanakan untuk memberi peringatan kepada orang lain supaya tidak melakukan perkara yang sama seperti mereka..




Seorang lelaki warganegara Pakistan, seorang Arab Saudi dan seorang lagi lelaki yang tidak bernegara dijatuhi hukuman setimpal atas kesalahan yang dilakukan..Ketiga-tiga mereka telah digantung setelah hukuman seperti itu kali terakhir dilakukan di Kuwait pada 6 tahun lepas..






Lelaki Pakistan bernama Parvez Ghulam disabitkan kesalahan membunuh beberapa warga Kuwait, lelaki Arab Saudi bernama Faisal al-Oteibi pula disabitkan kesalahan menikam seorang rakan senegara sehingga mati sementara seorang lelaki arab yang tidak bernegara, Dhaher al-Oteibi pula dilaporkan telah membunuh isterinya dan lima orang anaknya dengan menembak mereka hingga mati..

Video gantung sampai mati di tempat terbuka Kuwait

Kesemua mereka dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada 1 April lepas di tempat terbuka oleh pihak berkuasa sambil disaksikan oleh beberapa orang, pihak berkuasa, sekumpulan wartawan tempatan serta beberapa jurugambar...Ada komen ?


No comments :

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

exchange bloglist