4Lo6tkEvBVv3ZgCOiTpUbnOmMWU buatbest: Jom Tengok Sup Ular Di Hong Kong


Klik Iklan Untuk Info



Saturday, 20 April 2013

Jom Tengok Sup Ular Di Hong Kong


Sesetengah ular yang dipelihara dan ada yang ditangkap ini kemudiannya akan dipotong halus sebelum dicampurkan dengan bahan-bahan tertentu sebelum dimasak untuk dijadikan sup daging ular yang agak popular dan tradisional sejak turun-temurun sebelum dihidangkan kepada pelanggan..





Sup ular yang agak terkenal bagi sebilangan orang di Hong Kong ini menyajikan beberapa jenis spesis ular yang akan dicampurkan di dalam satu mangkuk dimana kadangkala dalam setiap hidangan eksotik ini mempunyai sehingga tiga-lima jenis daging ular yang dicampurkan bersama..!

Kesemua spesis ular tersebut dilaporkan ddiletakkan di dalam sebuah bekas dan diberi makan katak setiap hari untuk proses pembesaran sebelum boleh dijadikan 'lauk' kepada pelanggan yang berminat..


Katak yang dijadikan makanan untuk ular




Sup ular tersebut dimasak menggunakan beberapa bahan campuran lain seperti cendawan, halia dan beberapa jenis bahan lain untuk menaikkan aroma sup yang agak ummph dan dikatakan lebih sedap dari sup ikan..Uish..

Menurut masyarakat tempatan di sana, dengan memakan sup daging ular eksotik yang mempunyai khasiat dan manfaat ini, ia dapat mencergaskan jiwa serta mengembalikan tenaga kepada tubuh badan tambahan pula dalam keadaan musim yang agak sejuk sebegini..! Ish, nak termuntah pun ada..huhu


No comments :

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

exchange bloglist